Tuesday, October 21, 2008

SINAR UNTUK MIC ~ Contohi UMNO Dan MCA

Pencalonan calon yang akan berkuasa dalam arena politik Malaysia semakin jelas dalam UMNO mahupun dalam MCA. Persaingan siapakah yang akan menerajui parti yang akan membawa kepada satu perubahan mantap dan seterus mendukung perubahan yang dituntut oleh akar umbi semakin menjadi kenyataan. Perubahan dalaman yang di tuntut oleh rakyat memang diperlukan dan sudah sampai masanya untuk melakukan pengolahan dalaman. Jangkamasa 50 tahun selepas negara kita bebas dari belenggu penjajah telah membuktikan rakyat sudah semakin matang dan sudah bersedia untuk perubahan. Rakyat sudah berani menyahut cabaran dan telah bersedia untuk bersaing diperingkat global. Kalau diteliti dari apa yang saya maksudkan “bersedia” bukan bermaksud sudah pandai atau besar kepala tetapi ingin bergerak setapak lagi keperingkat yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang. Inilah yang dikatakan maju kehadapan atau dianggap kemajuan.

Suara yang kedengaran sebelum pemimpin membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam jawatan tertinggi didalam parti membawa maksud bahawa rakyat sudah semakin matang dan berani. Sikap terpuji pemimpin yang memahami suara suara tuntutan juga harus dipandang tinggi. Kesediaan pemimpin untuk berundur membuktikan tuntutan dan kemahuan suara parti diutamakan. Pemimpin tertinggi UMNO dan MCA yang membuat keputusan untuk tidak bertanding jawatan tertinggi didalam parti adalah merupakan satu tanda bahawa angin perubahan akan berlaku dalam arena politik Malaysia. Peluang kita untuk melihat perdana menteri baru yang keenam dan pemimpim baru dalam MCA sudah jelas

Tuntutan dan perubahan ini harus dicontohi oleh pemimpin MIC, yang merupakan sebuah komponen parti yang mewakili kaum Tamil India sejak 50 tahun merdeka. Pemimpin yang memimpin selama lebih 30 tahun harus diberi perhatian dan perlu diubah demi kebaikan masyarakat India keseluruhannya. Pemerintahan yang lebih dikatakan kuku besi memang tidak dapat dinafikan didalam MIC. Penggunaan kekerasan dan gangtersma dalam menangani setiap tentangan dan mangaipkan suara yang lantang dan dianggap mengancam kedudukan memang amat diketahui didalam MIC. Pemimpin yang kononnya ingin memerangi kumpulan gantersm akhirnya mengunakan mereka untuk kepentingan sendiri sebagai perisai manusia ala mafia juga merupakan penyebab kenapa ramai yang memilih untuk berdiam diri.

Pengunaan cara ortodox dan kedudukan kasta adalah permainan yang sering diguna pemimpin untuk meraih sokongan ahli MIC. Perbandingan kedudukan ekonomi dan pembelaan palsu adalah modal yang membawa kepada sokongan membabi buta oleh ahli yang mengharapkan pembelaan. Harapan mereka hanyalah MIC kerana tidak ada parti “alternative” lain untuk diharap atau dijadikan sandaran.

Kalau dilihat pada keseluruhan, taburan masyarakat India memang mempunyai perbezaan yang ketara di Malaysia. Perbezaan dari yang layak menjadi doctor dan jurutera hingga kepada mereka yang masih menoreh getah dan menjadi buruh jalanraya masih tinggi. Biasanya perbezaaan ini amat ketara jika dilihat kaum yang monopoli pelajaran dan kewangan dan ekonomi adalah dari golongan masyarakat yang dianggap masyarakat India, tetapi sebenarnya mereka berasal dari Sri Langka (Golongan Ceti dan dikenali juga sebagai ceylonise). Antara golongan yang hampir serupa dengan mereka ialah masyarakat Telugu dan Malayalam. Perbezaan mereka hanya boleh dikenalpasti dengan perbezaan pengunaan bahasa masing masing. Manakala keturunan kaum India dari Tamilnadu yang berbahasa Tamil adalah majoriti yang asalnya dari ladang (Estate). Mereka adalah golongan yang dimonopoli dan dibawa dengan persetujuan Jus soli. Bapa saya sendiri adalah salah seorang daripada mereka. Mereka sebenarnya diwakili dan dibawa oleh agen mereka yang terdiri dari orang Sri Langka yang lebih berpelajaran dan menjadi tali barut pihak British. Mereka juga adalah diantara wakil yang menjaga dan mengaji golongan tamil dan hidup bermaharaja lela di ladang sebagai tuan. Anak-anak mereka di beri pelajaran hingga ke Negara England manakala anak anak masyarakat tamil ini hanya diberi pelajaran sekolah asas Tamil di ladang sebelum melanjutkan pelajaran kesekolah menengah kerajaan.

National Union of Plantation Workers (NUPW)
1954
Amalgamation of all the small plantation unions
Represents:
Plantation workers in the manual, semi skilled categories of workers in Peninsular Malaysia
Memebership:
50,000 (mainly Indians)
Objective:
Collective bargaining, Industrial relations, projects and programmes for the improvement of the quality of life of plantation workers especially with regard to education, housing and health of members and their children.
President:
Narayanasamy. A
Address:
P.O.Box 73, 46700 Petaling Jaya.
Telephone:
7782-7622, 7782-7718, 7782-7861

P. P. Narayanan held tight control as General Secretary from 1954 till 1993.

Penghapusan ladang (Estate) telah membawa perubahan pada golongan berpelajaran ini untuk berpindah kebandar dan menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam kedudukan masyarakat Malaysia. Antara jawatan yang dijawat adalah seperti Pos Master, Railway Station Master, Pejabat Tanah dan ada juga yang menjadi Pembantu Pegawai Perubatan. Inilah sebenarnya yang disalah anggap oleh kaum lain yang menganggap bahawa kaum India telah maju dari segi pelajaran dan ekonomi.

Manakala pada hakikatnya kaum Tamil India dari ladang yang berkerja sebagai buruh dan kuli terpaksa memilih untuk menjadi kuli dan buruh seadanya. Mereka terpaksa memilih untuk menjadi Buruh JKR, Town Board (Pengangkut Sampah) dan Memotong rumput dijalanan. Tanpa persediaan asas pendidikan yang sempurna dan tanpa pengalaman yang tidak seberapa mereka terbiar dengan cara tersendiri. Golongan Tamil India Malaysia yang berasal dari Tamil Nadu inilah yang memerlukan lebih perhatian dan sokongan. Merekalah golongan yang perlukan pembelaan kerana berdepan dengan kesukaran cabaran cara penghidupan dibandar yang amat ketara setelah perpindahan besar besaran dari ladang kebandar. Merekalah antara kaum India yang perlukan bimbingan dan sokongan dari segi ekonomi dan moral untuk menghadapi saingan antara kaum diMalaysia.
How did the statistics measure 'poor'? Over 300,000 Indians have been displaced in the last two decades after they lost their jobs in the plantations. In 2005, it was reported that more than 30% of Indians did not own a house. Indians are squatters in urban centres or the periphery; Indian vagrants sleep in the street — you have seen them. The poverty line income used for 2004 in Peninsular Malaysia was RM663 per month for urban areas, and RM657 for rural areas. The Department of Statistics, ior year 2000, reported that out of approximately 1.68 million Indians, some 80% were urban and the remaining 20% rural.

Kegagalan MIC dalam menangani masalah inilah yang telah membawa kepada peralihan sokongan mereka dari MIC ke IPF ditahun 80an yang dipimpin oleh mendiang MG Pandithan. Namun sehingga kini IPF tidak diterima sebagai satu parti komponen kerana tidak dipersetujui oleh MIC. Tanpa pilihan lain kini mereka menoleh kearah HINDRAF dan sering membawa perjuangan mereka kejalanraya kerana tiada pemimpin yang mewakili suara mereka di Dewan Rakyat mahupun di Parlimen. Mereka sebenarnya adalah mangsa MIC yang telah lupa bahawa kerana dengan sokongan merekalah MIC telah bertapak di bumi Malaysia selama hampir 50 tahun. Perubahan didalam parti MIC adalah perlu dan inilah masanya sebelum terlambat. Angin perubahan ini diperlukan segera kerana masyarakat Tamil India ini amat memerlukan sokongan kerajaan.

Pembaca sekalian, TUN yang amat kita hormati juga merupakan seorang yang mempunyai pertalian darah yang berasal dari golongan Malayalam India. Bapanya adalah seorang guru yang berasal dari Kerala INDIA. Pernah saya tersenyum sendiri setelah membaca satu artikal beliau di CHE DET yang menuduh bahawa golongan tamil India yang malang ini adalah golongan penganas yang serupa dengan pejuang Harimau di Sri langka yang lebih dikenali sebagai LTTE. Memang ini satu tuduhan yang melampau kerana TUN sendiri mempunyai darah keturunan India yang asalnya dari keturunan Malayalam yang sememangnya cerdik dan saya juga bangga kerana pemimpin tertinggi Malaysia yang dikagumi mempunyai talian darah India secara amnya. Namun kekesalan masih bertapak dihati saya kerana tuduhan beliau tidak boleh diterima akal dan mempunyai motif untuk mengaibkan kaum Tamil India ini demi menutup asal usul beliau. Mungkin beliau malu untuk mengaku dirinya berasal dari India atau mungkin juga beliau takut dikatakan pendatang.

Diatas sebab yang disebut diatas, perubahan segera diperlukan demi kepentingan kaum Tamil India di Malaysia. MIC harus membuat satu perubahan dalaman yang ketara demi kesejahteraan kaum Tamil India ini. Perubahan ini perlu demi mengembalikan martabat kaum minoriti India di Malaysia keseluruhannya. Perubahan ini juga perlu demi membawa kaum India kearah kemajuan dan kestabilan ekonomi. Perubahan ini amat diperlukan oleh kaum ini untuk sama sama bangkit dan menyumbang kearah pembangunan Negara Malaysia. Perubahan ini perlu seandainya Barisan Nasional ingin mengembalikan kepercayaan dan sokongan masyarakat India keseluruhannya. Demi kepentingan masyarakat minoriti ini pemimpin MIC perlu mencontohi langkah pemimpin UMNO dan MCA dengan memberi laluan kepada barisan muda yang lebih berwawasan dan bertenaga. Perjuangan yang dilaungkan oleh pemimpin MIC ini telah lapuk dek zaman dan rakyat sebenarnya telah bosan dengan janji palsu yang ditabur semata mata untuk meraih sokongan untuk mengukuhkan kedudukan peribadi. Janji yang diumpama sebagai “manis dibibir” perlu direalisasikan dengan segera demi menjamin kesejahteraan hidup yang lebih selesa.

Fikirkanlah…

“Thought For The Day”

Sekian,
lvbala

3 comments:

Anonymous said...

tamilaaaaa

nesh22 said...

tamilaaaa vaalga. lvbala vaalgaa

Summer said...

this is quite sometimes already but i wanna share something. for two years i had a chance to be one of the student of S.K Devamany (now already ahli parlimen cameron highland)*in some tuition centre*. And he was teaching me Bahasa Malaysia though.. i was so impressed by his ability and his passion to make sure that we scored A in our SPM.. until now i respect him for being so ambitious to make sure we the teenagers as well as malaysian to be 'somebody' in the future.. Now he already did.. Maybe MIC should have more leaders like him. :)

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...