Friday, July 16, 2021

Sang Rajuna Tapa Padang Rengas

Ada satu masalah dengan orang Melayu. Masalah itu, menurut saya, menjadi penyebab dan hambatan untuk orang Melayu maju dan hebat. Masalah ini terbangun dari mitos yang menjadikan pemerintah sebagai sakti dan tidak boleh dicabar. Mitos “devaraja” ini yang mengagungkan pemerintah tanpa sebab konkrit sudah diulas oleh ramai sarjana. Mitos “devaraja” bermula ketika Melayu masih Hindu dan berterusan meskipun mereka sudah beragama Islam.

Dalam mitos ini, pemerintah itu “devaraja” atau disuntik dengan “kedewataan” yang turun dari kayangan. Dalam masyarakat Melayu purbakala, mereka percaya raja itu “avatar” yakni penjelmaan berkali-kali dewa yang mana sebagai avatar, pemerintah mempunyai kuasa sakti. Kesaktian ini juga dirujuk sebagai “daulat”.

Kalau dalam politik kontemporari, “daulat” tersebut berpindah kepada manusia bukan raja, katakan insan biasa seperti kita, yang dimitoskan sebagai “keramat”. Insan seperti Padang Rengas yang boleh ke Perancis sambil sekali-sekala memerli rakyat. Insan biasa seperti Gombak yang tidak lut oleh kecaman. Maka akan ada gelar seperti Umno “parti keramat”, atau Zafrul tokoh “supernatural”. Padahal mereka tidak ada apa-apa kelebihan pun berbanding kita. Mereka manusia biasa.

Konsep mengsupramanusiakan insan bukan nabi ini terzahir dalam banyak teks sastera tradisional, misalnya pada mitos Bukit Seguntang. Atau sentuhan kaki di gigi air membuatkan air masin menjadi tawar. Atau 39 orang perempuan yang digauli menjadi kedal. Atau mahkotanya boleh menggemparkan alam hingga berlaku badai taufan. Semua ini pengkonsepsian mitos yang dibuat-buat sebagai satu strategi untuk menyelamatkan diri dan kuasa.

Kalau dalam politik kontemporari, “daulat” tersebut berpindah kepada manusia bukan raja, katakan insan biasa seperti kita, yang dimitoskan sebagai “keramat”. Insan seperti Padang Rengas yang boleh ke Perancis sambil sekali-sekala memerli rakyat. Insan biasa seperti Gombak yang tidak lut oleh kecaman. Maka akan ada gelar seperti Umno “parti keramat”, atau Zafrul tokoh “supernatural”. Padahal mereka tidak ada apa-apa kelebihan pun berbanding kita. Mereka manusia biasa.

Konsep mengsupramanusiakan insan bukan nabi ini terzahir dalam banyak teks sastera tradisional, misalnya pada mitos Bukit Seguntang. Atau sentuhan kaki di gigi air membuatkan air masin menjadi tawar. Atau 39 orang perempuan yang digauli menjadi kedal. Atau mahkotanya boleh menggemparkan alam hingga berlaku badai taufan. Semua ini pengkonsepsian mitos yang dibuat-buat sebagai satu strategi untuk menyelamatkan diri dan kuasa.

Penolakan kepada kesaktian begitu mendasar sehingga mengakibatkan berlapis-lapis generasi anak Melayu tidak berani bangkit menentang “daulat” atau “mayasakti” pemerintah ini, dan sebarang cabaran atau soalan dianggap sebagai derhaka, atau kehilangan adab.

Dalam karya sastera Melayu tradisional, konsep kederhakaan ini begitu berbekas sehingga apa sahaja suara protes akan dianggap sial. Hal ini misalnya menimpa Sang Rajuna Tapa. Pakar sastera tradisional kita, Noriah Taslim, dalam sebuah makalah beliau “Strategi Ketahanan Politik Melayu” menyatakan watak ini digubah sedemikian rupa supaya orang Melayu menjadi kecut dan gentar, lantas menyembah. Saya petik sedikit tulisan sarjana ini:

“Ia memang dimunculkan sebagai teladan kepada rakyat yang berkecenderungan untuk berpaling tadah menentang Raja dan menyebelahi musuh. Nasib yang menimpa Sang Rajuna Tapa adalah balasan yang amat dahsyat. Beliau dikatakan menjadi batu dan tiang rumahnya diterbalikkan. Moral daripada legenda pendosa ini bertindak sebagai kawalan sosial yang amat baik. Balasan ‘supernatural’ (bertukar menjadi batu) biasanya dikaitkan dengan daulat raja, atau tulah raja, yang berkeupayaan secara ghaib untuk bertindak atas manusia. Justeru, kuasa ini amat menakutkan rakyat dan meyakinkan mereka tentang wujudnya satu perhubungan ghaib antara peribadi raja dan kuasa kosmos.”

Beban psikologi Melayu lantaran hukuman penuh zalim terhadap Sang Rajuna Tapa itu bertimpa-timpaan. Apabila Tun Besar anak Tun Perak dibunuh Raja Muhammad (putera raja), gelora untuk menuntut bela segera terpadam apabila diingatkan bahawa setiap anak Melayu itu hamba. Sebaik sahaja diberi peringatan akan perjanjian Demang Lebar Daun tersebut, semua anak buah Bendahara Paduka Raja pun – seperti dinukil Sejarah Melayu – terus diam, dan “masing-masing menyuruh menyimpan senjatanya”.

Bukan sahaja nyawa melayang tidak dituntut ganti, apabila maruah terhinjak dan dihina pun, Melayu masih pasrah dan menyerah. Betapa tebalnya jiwa hamba, tatkala Sultan Mahmud Syah menzinai isteri Tun Biajid, beliau boleh melakukan suatu aksi paling revolusioner. Namun dilema itu tidak memberanikan Tun Biajid untuk membela harga dirinya. Beliau hanya setakat menimang-nimang lembing dan reda dengan kejadian jijik tersebut. Tun Biajid menelan aib skandal tersebut dan memilih diam dengan menceraikan isterinya kerana itu yang paling ‘patut’.

Charles Bartlett Walls, sarjana Scotland yang mengkaji karya Sejarah Melayu dari segi temanya berpendapat seluruh persoalan dalam naskah besar Melayu ini tidak lain tidak bukan adalah kesetiaan rakyat kepada raja dan keadilan pemerintah (dibaca ketidakadilan).

Kisah Sang Rajuna Tapa yang anaknya Dang Anum dirampas oleh pemerintah dan dijadikan gundik demikian lara. Dang Anum sudah punya kekasih hati, seorang panglima, tetapi haknya dinafikan. Demikian dia diperhambakan, Dang Anum juga dihina dan difitnah sehingga menyebabkan beliau diaibkan dengan hukuman sula di tengah pasar.

Tentu saja waras, Sang Rajuna Tapa bertindak dengan berani. Satu kebalikan dari Tun Perak dan Tun Biajid. Apa yang Sang Rajuna Tapa lakukan ialah dia membuat pakatan politik dengan seteru Temasik, iaitu Majapahit. Sekali baca, perbuatan Sang Rajuna Tapa tersebut satu pengkhianatan. Namun demikian, satu tafsir nyahmitosisasi harus diterokai hari ini. Perbuatan Sang Rajuna Tapa itu satu aksi protes yang unggul. Balasan biadab terpakai untuk satu keadaan tanpa adab.

Hari ini mitos yang memomokkan umat agar jangan menjadi Sang Rajuna Tapa dimasyhurkan dalam pelbagai bentuk dan gagasan. Kita misalnya akan dipasakkan dengan mitos adab. Bahawa untuk berurusan dengan orang setingkat lebih tinggi dari kita, memerlukan adab dan kesantunan. Itu mungkin benar untuk ibu-bapa kita, atau guru yang alim, atau para anbiya. Akan tetapi untuk pemimpin yang dilantik lima tahun sekali dan tugasnya berkhidmat kepada kita; mereka tidak terpakai dalam mitos Bukit Seguntang. Mereka tidak patut dibenarkan mendabik dada menjadi maksum dan tidak boleh dipertikaikan.

Pemerintah yang perasan bertakhta di Padang Rengas misalnya harus dijungkit dengan seluruh tenaga kita. Mitos Sang Rajuna Tapa disumpah menjadi batu kerana tulah melawan pemerintah harus ditentang. Tiada siapa yang akan jadi batu dalam kalangan kita jika bangsa ini menuntut supaya keadaan negara yang tenat dipulihkan kembali. Kita, rakyat dalam sistem demokrasi, bukan Dang Anum yang akan dijolok disula demi menyedapkan orang atas.

Ini masa untuk bebas dari mitos. Derita Covid-19 mengajar kita perlawanan kelas bukan mitos.

lvbala said;

I hope and believe one day Dr Faizal Tehrani would research and pen down his view on Indians and Chinese community in the country. 

Definitely he is qualified being one who been living in the community since day one. 

I love his view and one with a clear out of box brain's mind's out put has produced such a deep look into one community by the way they were programmed to believe in such way of living and they would never understand the meaning of his view above. 

Only with a bigger view micro scope, the one with no boader mind setting with culture and religious believe, the one who look into mankind and human and not slave or by classes, the one who have such quality would understand and digest such view Doctor Faizal has elaborated.

Kudus dan salute...


All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...