Wednesday, August 27, 2008

YB Again... Congratulation.



Congratulation!!!! Back To Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim won the Permatang Pauh seat with a thumping majority of 15,671.

Pole result :
1. YB D.S.Anwar Ibrahim ~ 31,195
2. Datuk Arif Shah ~ 15,524
3. Hanafi ~ 92

Majority : 15,671

Semoga tuhan panjangkan umur dan memberi tahap kesihatan yang terbaik buat pendekar melayu kita demi memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang perlukan "Immediate Rescue" dari belenggu BN.

'HIDUP ANWAR....."

Thursday, August 21, 2008

Luahan hati ini diluahkan dalam CHE DET ~ AUKU 1971

Salam semua,
Berikut adalah satu luahan hati seorang komentor yang meluahkan perasaan sebagai seorang rakyat Malaysia yang dirasa dirinya tidak dibela oleh kerajaan. Patutkah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (10A) terpaksa melanjutkan pelajaran dengan wang jualan rumah bapanya? Pengorbanan ini pasti akan membawa keberkatan dan kejayaan pada dirinya tetapi bukan pada negara. Intelek pelajar yang tidak dibela ini adalah satu pembaziran kerajaan yang sebenarnya rugi dari segi sumbangan intelekn dan sokongan dalam dimasa depan. Inilah penyakit kanser yang dihadapi oleh Malaysia di masa kini. Harus diingat generasi ini tidak akan menghormati dan menyokong kerajaan BN dimasa akan datang, dan begitulah seterusnya.
Saya bukan cuba untuk memburukkan kerajaan pemerintah sekarang tetapi harus diingat bahawa inilah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh BN sekarang. Inilah punca mengapa rakyat tidak lagi menaruh harapan pada BN. Rakyat khususnya orang melayu harus sedar bahawa rakyat bukan melayu adalah rakyat Malaysia juga dan kerana merekalah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Pembelaan dan hak saksama wajar diberikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Fikirkanlah...
the uneducated

(Luahan hati ini diluahkan dalam CHE DET ~ AUKU 1971).

Dr. Mahathir,
Hi there. I can understand how strongly you feel for the development of the Malays to upgrade themselves where education is concerned.

I like your point # 12," Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU". But I don't believe any Malay leader will abolish AUKU or the NEP. If an amazing leader like you did not have the guts to abolish AUKU or NEP, I don't think there are any potential already born to take up that important task.

2. You mentioned that the AUKU was introduced when you found that more Indians and Chinese was entering the local universities. Your effort is applauded if it was just for the intended years but your government is planning to continue with such policies forever. Are you keen in producing more Malay graduates are keen in producing graduates who are of world class? When quantity is preferred over quality where education is concerned, you get half baked graduates and half baked graduates will eventually become half baked University professors and eventualy these half baked professors will once again produce half baked graduates. You see, it's sad cycle that will continue and makes it harder for the Malays to come out from the 'infinite loop' trap designed by intellectuals like you.

3. There are many cases where the Indians and Chinese who got perfect grades in Form 5 & Form 6 who were not given a chance to study what they want to study. When a student gets perfect grades, the government looses all bargaining power in determining what course they should study. Recently, my relative who obtained 10 A's in her SPM was asked to study Forestry when she wanted to study Medicine. Despite her father being a government servant she did not given any chance to study medicine. Her father had to sell his house to send her to study medicine in India. How many thousand students may have gone through similar experiences?

4. The agony of the non-Malays will not be a waste. The law of karma will play it's role to determine that justice be served eventually.

Take care and God bless.
Anba

Wednesday, August 20, 2008

A Letter To DSAI From Hindraf Chairman



Dato Seri Anwar Ibrahim
Adviser
National Justice Party
17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor, Tel: 03-7956 6444
Malaysia Fax: 03-7956 5444

Dear Sir,

Re: Indian poor : RM 20 billion Motion in all five PKR, DAP and PAS State Assemblies.

We refer to the Motion passed at the Penang State Assembly that the UMNO controlled Federal Malaysian Government either continues with the monorail ,PORR and expansion of the Mengkuang damp or pay the Penang State Government RM 4.7 billion in compensation (NST 31/07/08, Pg 26).

In view of the very serious and critical issues faced by the Malaysian Indian community under 50 years of the neo colonialist UMNO rule, we hereby demand that all the five PKR,DAP and PAS controlled state governments of Kedah, Penang, Perak, Selangor and Kelantan pass a motion endorsing Hindraf’s 18 point demands to Prime Minister Badawi dated 12/08/07 and demanding that the UMNO controlled Federal Government fulfils the wishes and aspirations of the almost two (2) million especially poor and under privileged Indians contained in this 18 point demands in particular but not limited to the RM20 billion per year allocation for this community. We enclose herewith our said 18 Point Demands dated 12/08/07 once again for your easy reference.

May we bring to your kind attention that within a period of the one crucial month RM 34.57 Billion (Utusan Malaysia 26/06/08, Pg. 8 and NST 20/06/08, Pg. 4 and Utusan 30/06/08, Pg.8 ) had been allocated for Sabah alone which also has about 2 million people like the about 2 million Indian population in Peninsula Malaysia. The difference is there has been zero allocation for the poor and underprivileged Indians. After all the Indians are only asking for RM 20 billion which is less than the allocation for Sabah (34.57 billion).

This your goodselves motion would go a long way in helping to alleviate the very serious and long standing critical Indian issues faced by the Indian community in Malaysia.

Your kind indulgence in this matter would be greatly appreciated.

Thank you,

Yours faithfully,

P.Waytha Moorthy
Chairman
Currently in London

Tuesday, August 19, 2008

Akta Universiti Dan Kolej Universiti ~ CHE DET (DR.M)

Salam semua,
Baca dan fahamilah penerangan yang di buat oleh Dr.M yang memberi gambaran sebenar sistem pelajaran Malaysia kini yang memang memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk meninggikan taraf pelajaran dan jati diri. Harus juga difahami ini adalah sesuatu yang diterima baik oleh kaum lain tetapi harus juga diamati bahawa hak yang dilaung laungkan ini adalah hak yang dikorbankan oleh bukan melayu di Malaysia yang ingin melihat kita sama sama maju.

Tun Dr. Mahathir.
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.


4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama - hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Truly Malaysia (Malays, Chinese and Indians)




Dear All,
I am highlighting a comment made on one of the blog from Deputy Federal Minister.

Dear M.Saravanan,
DSAI is sure to win. If he wins with improve majority, than its time to consider whether MIC is still relevant in BN.
1,000 MIC guys join DAP in Klang. An Indian student was interrogated by police with guns and parangs. It’s the feed back revenge from a Malay teacher towards Indian student after the Panglima Garang's incident. How racist these bastards are. The student was brought to balai without any assistant from any teachers. Even the school headmaster was not informed. Suhakam is in this case. What about MIC?

The UiTM is open for foreign student (5%) and they refuse to allow their neighbors (Chinese & Indians) to enter. What a country. Soon I am very sure INDIANS are nothing in Malaysia (We shall be, Dan lain lain)
The Tamil radio station begins with al quran reading, AIMST college which built for Indians need to allow Malay to be in. MRSM is only for Malays since 2000.
The best part is this matter brought up by a Malay MB on the quota system. Even MCA voice out but not a single INDIAN leaders said a single words. Mr. Balasubramaniam is still missing. One million worth of drugs missing from PDRM's custody. Indians are the most numbers died in police custody.

And you are talking about by election....

Who cares if there is two corners or three corner fight? Is this going to contribute to INDIANS?
Let’s talk about INDIANS in Malaysia.

The other thing is, your blog is open to the world. You must adopt yourself with all kind of critics. This is how things work. If you cant take this so just close your blog.

MIC leaders need to review the INDIANS privileges and where we stand in Malaysia. What is the point if we are talking about issues which are not productive at all to Indians? Our education, business opportunities (Don’t give away stalls and say I have done for Indians) Even your own brother is in one of the list. Didn't he?
How about purchase and loan facilities. The Indian leaders need to do some homework on DEB (Dasar Ekonomi Baru Policy) on non Malays. Why the percentage is still on for Indians. Earlier DEB was agreed only for 15 years when Malaysia has 15 million people. But now we are in total of 27 millions and we are still given the same amount of percentage and even some of it was taken away such as MRSM intake for non Malays. The INDIANS leaders just kept their mouth shut... Mahatma Gandhi. Without this improvement result there is no point even you promise us the world. Maybe those Indian from rural area (People you manage to gather a day before Thaipusam in cheras) will be convinced but not us.

Tuesday, August 12, 2008

Perlukah pelajar bukan melayu diberi tempat di UITM yang diperuntukkan untuk pelajar melayu sahaja.

Persoalan dan Jawapan saya dalam Matahati Johor (Facebook). Perlukah pelajar bukan melayu diberi tempat di UITM yang diperuntukkan untuk pelajar melayu sahaja.
Salam semua,
Kalau setuju di cop BN, kalau tak setuju di cop orang Anuar (DAP, Babi 100j, Makkal sakti) Kalau macam ni tak payah le kita buat perbincangan terbuka macam ni, buat perbincangan tertutup je seperti yang dicadangkan untuk forum perkara 121(1A). Kerana apabila sentuh sesuatu perkara yang melibatkan orang melayu, orang melayu terus mengelupur dan seolah olah takut kedudukan mereka terancam atau mungkin takut untuk bersaing. Kenyataan yang dibuat menteri besar Selangor bukan manifesto PRK tetapi pandangan saja. Kerana keputusan dan pindaaan perlembagaan harus dari kerajaan persekutuan dan diperkenan oleh DYMMSPB Yang Di Pertuan Agung.
Seperti yang dikatakan oleh seorang komentor, memang ada banyak universiti swasta di Malaysia yang dihuni oleh ramai pelajar bukan melayu. Kenapa ini boleh terjadi? Dan harus difahami jumlah besar pelajarnya menampung sendiri setiap sen pengajian yang diterima. Ini adalah kerana system kuota yang dipraktiskan oleh kerajaan kita. Oleh itu lebihan pelajar yang tidak mendapat tempat terpaksa lanjutkan pengajian di kolej swasta. Hampa kerana walaupun dapat keputusan yang lebih baik dari rakan kaum lain tetapi tiada tempat di negara sendiri. Tetapi kalau dilihat dari sudut positif, Impaknya bila kita mengunakan duit sendiri, motivasi untuk berjaya memang tinggi. Susah payah keluarga menjadi pembakar semangat berbanding dengan semuanya diberi percuma dan tak perlu dibayar semula.
Pernahkah kita fikirkan masa depan mereka yang tak dapat tempat di pusat pengajian tinggi? Berapa ramai yang kecundang kerana tidak dapat tempat di Universiti.
Tahun 1985, pelajar terbaik keseluruhan SPM, SMK Kuala Kubu Bharu hanya dapat masuk kolej tentera. Semua permohonan ditolak tanpa jawapan. Inilah nasib bukan melayu di Malaysia. Haruskah keadaan ini berterusan sehingga keakhir hayat atau sehingga kiamat.
Persoalan saya, “Kalau dah ada universiti untuk pelajar Melayu sahaja seperti UITM kenapa universiti Awam lain harus di adakan system kuota? Adilkah kerajaan sekarang yang menganaktirikan pelajar bukan melayu? Setujukah kita bila kita biarkan saja UITM dihuni oleh pelajar melayu kita tetapi universiti lain harus hapus system kuota?
Ada juga komentor yang kata supaya kita kaji kesamarataan ekonomi dan akademi kaum di Malaysia. Peluang dan sokong dari kerajaan sudah diberi selama 50 tahun, tetapi DEB masih belum mencapai matlamat, inilah yang menjadi alasan. Berapa lama lagi perlu ditunggu untuk samaratakan semua? Adalah sesuatu yang terpuji apabila kita teruskan perjuangan bangsa kita tetapi fikirkan juga masa depan warganegara bukan melayu. Merekapun warganegara Malaysia. Kalau system kuota ini dipersetujui pada zaman sebelum kita dulu, dengan jumlah penduduk Malaysia yang belum sampai 15 juta, tetapi kini jumlah itu telah bertambah ke 27 juta dan harus ditambah juga peratusnya.
Begitu juga dengan seorang komentor yang membandingkan pemerintahan PR 5 bulan dengan 50 tahun. Ala hai, bayi dalam kandungan pun perlu 9 bulan untuk mendapat bentuk manusia yang sempurna. Confirmation untuk exec yang baru berkerja pun diberi 6 bulan, inikan pula nak memajukan negeri. Pasangan baru kahwin pun belum tentu serasi dalam 5 bulan sayang oii…
Yang peliknya, ada juga yang mempersoalkan asal usul kaum lain dan jus soli. System kuota sebenarnya dipersetujui pada 15 belas tahun pertama sahaja (DEB 1, 2 dan 3). Ini untuk samaratakan ekonomi dan taraf pelajar kaum melayu dengan kaum lain. Tetapi di Malaysia dipanjangkan sehingga 50 tahun dan masih dikatakan belum mencapai matlamat. Salah siapa? Dalam perkara ini siapa yang perlu dipersalahkan? Kerajaan? Atau Orang melayu? Atau patutkah kita salahkan kaum lain kerana kaum melayu masih belum maju. Patutkah kita bantutkan kemajuan kaum lain kerana orang melayu tak berjaya? Nampaknya inilah yang berlaku di Malaysia. Kaum lain terpaksa tunggu, korban, beri jalan kepada kawan melayu kita yang belum maju. Jadi kaum bukan melayu terpaksa bantutkan kemajuan mereka kerana tunggu orang melayu. Hal ini serupa macam larian lumba lari. Pelari yang mendahului terpaksa tunggu supaya orang kedua sampai. Siapa yang akan setuju? Siapa yang akan terima? Sampai bila?
Saudara sekalian, adakah system kuota ini dipraktiskan dimana mana negara lain?

the uneducated

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...