Tuesday, August 12, 2008

Perlukah pelajar bukan melayu diberi tempat di UITM yang diperuntukkan untuk pelajar melayu sahaja.

Persoalan dan Jawapan saya dalam Matahati Johor (Facebook). Perlukah pelajar bukan melayu diberi tempat di UITM yang diperuntukkan untuk pelajar melayu sahaja.
Salam semua,
Kalau setuju di cop BN, kalau tak setuju di cop orang Anuar (DAP, Babi 100j, Makkal sakti) Kalau macam ni tak payah le kita buat perbincangan terbuka macam ni, buat perbincangan tertutup je seperti yang dicadangkan untuk forum perkara 121(1A). Kerana apabila sentuh sesuatu perkara yang melibatkan orang melayu, orang melayu terus mengelupur dan seolah olah takut kedudukan mereka terancam atau mungkin takut untuk bersaing. Kenyataan yang dibuat menteri besar Selangor bukan manifesto PRK tetapi pandangan saja. Kerana keputusan dan pindaaan perlembagaan harus dari kerajaan persekutuan dan diperkenan oleh DYMMSPB Yang Di Pertuan Agung.
Seperti yang dikatakan oleh seorang komentor, memang ada banyak universiti swasta di Malaysia yang dihuni oleh ramai pelajar bukan melayu. Kenapa ini boleh terjadi? Dan harus difahami jumlah besar pelajarnya menampung sendiri setiap sen pengajian yang diterima. Ini adalah kerana system kuota yang dipraktiskan oleh kerajaan kita. Oleh itu lebihan pelajar yang tidak mendapat tempat terpaksa lanjutkan pengajian di kolej swasta. Hampa kerana walaupun dapat keputusan yang lebih baik dari rakan kaum lain tetapi tiada tempat di negara sendiri. Tetapi kalau dilihat dari sudut positif, Impaknya bila kita mengunakan duit sendiri, motivasi untuk berjaya memang tinggi. Susah payah keluarga menjadi pembakar semangat berbanding dengan semuanya diberi percuma dan tak perlu dibayar semula.
Pernahkah kita fikirkan masa depan mereka yang tak dapat tempat di pusat pengajian tinggi? Berapa ramai yang kecundang kerana tidak dapat tempat di Universiti.
Tahun 1985, pelajar terbaik keseluruhan SPM, SMK Kuala Kubu Bharu hanya dapat masuk kolej tentera. Semua permohonan ditolak tanpa jawapan. Inilah nasib bukan melayu di Malaysia. Haruskah keadaan ini berterusan sehingga keakhir hayat atau sehingga kiamat.
Persoalan saya, “Kalau dah ada universiti untuk pelajar Melayu sahaja seperti UITM kenapa universiti Awam lain harus di adakan system kuota? Adilkah kerajaan sekarang yang menganaktirikan pelajar bukan melayu? Setujukah kita bila kita biarkan saja UITM dihuni oleh pelajar melayu kita tetapi universiti lain harus hapus system kuota?
Ada juga komentor yang kata supaya kita kaji kesamarataan ekonomi dan akademi kaum di Malaysia. Peluang dan sokong dari kerajaan sudah diberi selama 50 tahun, tetapi DEB masih belum mencapai matlamat, inilah yang menjadi alasan. Berapa lama lagi perlu ditunggu untuk samaratakan semua? Adalah sesuatu yang terpuji apabila kita teruskan perjuangan bangsa kita tetapi fikirkan juga masa depan warganegara bukan melayu. Merekapun warganegara Malaysia. Kalau system kuota ini dipersetujui pada zaman sebelum kita dulu, dengan jumlah penduduk Malaysia yang belum sampai 15 juta, tetapi kini jumlah itu telah bertambah ke 27 juta dan harus ditambah juga peratusnya.
Begitu juga dengan seorang komentor yang membandingkan pemerintahan PR 5 bulan dengan 50 tahun. Ala hai, bayi dalam kandungan pun perlu 9 bulan untuk mendapat bentuk manusia yang sempurna. Confirmation untuk exec yang baru berkerja pun diberi 6 bulan, inikan pula nak memajukan negeri. Pasangan baru kahwin pun belum tentu serasi dalam 5 bulan sayang oii…
Yang peliknya, ada juga yang mempersoalkan asal usul kaum lain dan jus soli. System kuota sebenarnya dipersetujui pada 15 belas tahun pertama sahaja (DEB 1, 2 dan 3). Ini untuk samaratakan ekonomi dan taraf pelajar kaum melayu dengan kaum lain. Tetapi di Malaysia dipanjangkan sehingga 50 tahun dan masih dikatakan belum mencapai matlamat. Salah siapa? Dalam perkara ini siapa yang perlu dipersalahkan? Kerajaan? Atau Orang melayu? Atau patutkah kita salahkan kaum lain kerana kaum melayu masih belum maju. Patutkah kita bantutkan kemajuan kaum lain kerana orang melayu tak berjaya? Nampaknya inilah yang berlaku di Malaysia. Kaum lain terpaksa tunggu, korban, beri jalan kepada kawan melayu kita yang belum maju. Jadi kaum bukan melayu terpaksa bantutkan kemajuan mereka kerana tunggu orang melayu. Hal ini serupa macam larian lumba lari. Pelari yang mendahului terpaksa tunggu supaya orang kedua sampai. Siapa yang akan setuju? Siapa yang akan terima? Sampai bila?
Saudara sekalian, adakah system kuota ini dipraktiskan dimana mana negara lain?

the uneducated

2 comments:

Azmi Ali said...

Setuju tidak, menolak pun tidak. Harus ada forum terbuka untuk keputusan yang lebih baik dan memenuhi hati semua pihak.

Anonymous said...

it shows thats malays are afraid to fight...if this keep on going,non malays will gone&that is for sure,because now it self non malays are dying slow by slow

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...