Friday, May 23, 2008

Pagi Yang Indah ~ Tempias Pilihanraya Ke-12

Begitulah tamatnya segulung kisah, mengisahkan politik Malaysia yang hangat dikatakan dilanda tsumani, memang benar tidak boleh dinafikan bahang tamparan tsunami politik memberi kesan yang mendalam dalam sejarah Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahangnya terasa dari warung mamak ke restoran Ali Maju sampailah ke Starbuck, laku juga bisnes saudara kita tapi malang secawan teh boleh jadi sejam. Dalam kehangatan bahang ini pihak media, tak kiralah media cetak atau media elekronik, sama sama mendapat keuntungan besar. Kalau dulu sebelum pilihanraya pihak media sibuk cerita mengenai kehebatan BN menerajui negara dengan pemimpin yang penuh dengan corupsi, bukan itu saja, malah mereka juga berkelayakan membuat kesimpulan siapa yang betul dan siapa yang lebih bagus dalam permainan sabung politik tapi sekarang sibuk memberi nasihat apa yang perlu dilakukan dan dimana silapnya. Gambar Tan Sri Anwar yang tak pernah diperbesarkan tapi kini ada pemberita yang sanggup mewawancara beliau. Kalau sebelum pilihan raya cerita Taukeh Lim Kit Siang tak pernah diperbesarkan tapi kini semua katanya menjadi bahan utama pihak media. Kenyataan wawancara dengan Tan Sri Anwar berkenaan tender terbuka menjadi titik permulaan demokrasi tahap peralihan. Mungkinkah akan terbentuk satu formula yang mementingkan semua pihak dan bukan segelintir kerabatnya sahaja. Terfikir juga bila pulak pihak media menjadi penyampai berita kerajaan kepada masyarakat. Sebagai pelapor berita, laporkan saja berita apa yang berlaku dan rakyat malaysia sudah pandai menilai yang mana batu dan berlian, yang mana betul dan yang mana tak betul, yang mana perlu dipilih dan yang mana perlu diundi tolak.

Lain pulak cerita dengan negeri negeri yang dulunya dikuasai BN yang pernah menjadi tempat kubu kuat dengan aliran ekonomi yang rangsang, telah jatuh ketangan mereka yang dikata pembangkang. Satu tamparan “Culture Shock” yang kuat seperti digugur bom. Secara “over night” negeri negeri diutara pekerja hotelnya diarah bertudung. Disangka drama politik sudah ditahap penamat tapi nampaknya telah bermula satu era baru dalam cabaran politik Malaysia. Babak babak drama dari bekas bekas menteri yang melobi agar tak dituduh gila kuasa, cuba merendah diri serendah rendah agar tak dipandang rendah. Ada yang menjadi hero dengan pengorbanan, ada yang nak menjadi under dog dan ada pulak yang masih berdegil tak mahu berganjak walau ditolak jentolak undi rakyat Malaysia. Tak faham lagi, bukan satu kaum malah semua kaum menolak, masih tak faham bahasa bekas budak lepasan tingkatan enam ini. Rakyat malaysia sudah menuntut ilmu sampai keangkasa lepas. Tak perlu lagi diajar atau di takluki dengan ugutan gangtersm oleh askar upahannya. Perlu diingat semua, walaupun dah tersungkur dalam pilihanraya tapi namun kuncunya masih bernyawa dan telah mendapat lesen Yang Berhormat. Peluang nak berkuasa semula ada lagi. Tapi perlu diingat kalau masih diteruskan perjuangan singa tua, dia boleh menjadi penyakit kanser pada sekutunya yang lain. Kepecayaan rakyat akan terhakis secara menjunam dan kehilangan kepercayaan keseluruhan akan dilihat dalam keputusan pilihan raya yang akan datang. Tapi memang bijak langkah si singa tua ini. Tak sudi masuk ke perlimen melalui pintu belakang. Bila lagi nak sedar dan bila lagi nak bertaubat?

Apa pula yang cerita pilihan MB dan Timbalannnya di negeri negeri yang mendapat mandat baru rakyat? Keputusan dua timbalan memang satu keputusan yang tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah kaum. Tapi apa benar tindakan ini dapat menyelesaikan rentetan masyarakat? Pendekatan dua timbalan adalah replika BN yang ditemani dua lagi componen, tetapi kali ini dalam skala yang kecil. Ini sebenarnya memberi peluang kepada pemimpin mendekati rakyat dengan lebih rapat ke peringkat akar umbi dan juga memberi pengususan kepada kaum masing masing.

Antara persoalan yang hebat diperkatakan kini ialah adakah pemilihan YB pada pilihanraya ini berdasarkan individu atau parti? Dalam konteks keputusan pilihanraya kali ini memang tidak boleh di nafikan seseorang individu memainkan peranan yang penting dalam kemajuan dan kemakmuran rakyat, jadi memilihan individu menjadi taruhan pengundi. Perkara ini dapat di nilai dari segi peratusan pemenang kerusi yang dipilih adalah calon baru. Keputusan ini menjelaskan rakyat Malaysia tidak risau parti mana yang memerintah, atau parti mana yang ingin membawa kemakmuran tetapi sebenarnya mereka memilih siapa pemimpin yang boleh membawa kesenangan dan kesejahteraan pada semua.

Kalau dilihat dari sudut kaum yang lain pula, kita dapati berlaku satu revolusi yang amat ketara. Hampir 70 peratus rakyat hilang kepercayaan pada parti BN. Walaupun tiada berlaku pertunjukan perarakan atau pergolakan dalam parti namun mereka menjadi penonton yang memerhati dan menilai tindakan pihak tertentu pada rakan kaum yang minoriti ini. Kalau inilah layanan yang diberi pada rakan kaum seperjuangan minoriti itu, pasti suatu hari nanti akan diulangi pada kaum yang lain. Kalau mereka boleh mengorek jenazah yang sudah dikebumikan pasti mereka boleh mengorek jenazah kaum yang lain. Kalau kerajaan dibawah tampuk pimpinan perdana menteri ini boleh merobohkan kuil tempat beribadat rakan seperjuangan itu, pasti suatu hari nanti tokong juga akan dirobohkan. Yang peliknya perkara perkara begini tidak berlaku dalam kerajaan negeri yang memerintah dengan cara Islam sepenuhnya. Malah perkara meroboh ini tidak berlaku di negara Islam di seluruh dunia. Malah masyarakat kini sedar kerajaan Islam lebih perihatin dan menghormati kaum lain. Masyarakat kini tidak lagi risau jika kerajaan islam yang memerintah sepenuhnya. Rakan rakan bukan islam kita telah kemakmuran boleh dikecapi jika kerajaan islam menampuk pemerintahan negara.

Apa pulak cerita dengan kerajaan negeri selangor? Kenapa pula bekas pemimpinnya menantangani kontrak selepas dewan negeri dibubarkan. Over confident beliau telah memalukan diri sendiri dan pemusnahan dokumen dalam pejabat negeri membuktikan ketelusan kerajaan negeri selama ini. Si doktor sebenarnya cakap lebih tak serupa bikin. Kita sama lihat apa pulak perkembangan politik negara minggu hadapan.

Kalau masyarakat cina yang selama ini menyokong dan setia pada MCA dan menterinya menyuarakan rasa tidak puas hati melalui penyingkiran wakil dalam pilihanraya, keadaan yang sama juga dapat dilihat dalam pemilihan wakil UMNO yang rata rata kalah dengan pencabarnya dari golongan DAP dan PAS. Kemana hala tujuan BN? kalau sentimen ini masih menguasai masyarakat Malaysia maka pincanglah angkatan kabinet untuk menjalankan tugas yang dimandatkan. Apa yang menjadi persoalan ialah adalah BN telah kehilangan taringnya untuk menguasai minda rakyat? Apakah kredibiliti pimpinan perdana menteri kita sudah rapuh. Saya memuji sikap anak bongsu bekas PM kita Tun Mahathir, taringnya mula menajam seperti bapanya yang berani menyuarakan pendapat dan tiada apa apa tindakan diambil. Bukan tak boleh diambil tindakan, tapi dalam keadaan sekarang tak perlu diperbesarkan.

Apa pula cerita menantu yang menjadi YB? Belajar dulu bagaimana perlu berhikmat untuk masyarakat. Fahami masaalah mereka dan belajar bagaimana perlu memenuhi kehendak rmereka sebelum jadi menteri. Jawatan menteri tak datang mengolek.

Orang melayu dipenang tunjuk perasaan tak puas hati, sabar saudara. Kita baru membentuk sebuah negeri. Pasti teman kaum lain memahami. Jangan terpedaya dengan dakyah yang palsu dan meracuni fikiran sehingga mengancam keharmonian kita bersama.

Sincerely

Uneducated

Wednesday, May 21, 2008

CABUT NYAWA MELALUI TELEPHONE

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas. Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya

KARMA


KARMA is the one word to explain the meaning of "all the sin of the past were revisited" said by Zainah Ibrahim in her column SHARING THE NATION dated 30th. March, 2008 The Star. This column strikes my attention. The word karma is the word truly believed and senses by every Hindus in every day life and their believe is that no one is executed from karma nor you are a Hindu or a Muslim or a Christian. The Hindus believed no one is executed from the KARMA as so similarly believed by the Muslims as the angel on your right shoulder shall record the good thing that you do and the left shoulder angel shall record all the bad things you do. It will be read to you after life and will be judge and punished.

The Hindus believed every sin that you had committed shall be reverted to you in this life itself. Yes I do agree with her that, what ever the result in the recent general election is due to the KARMA that the BN had committed in the past, including Indian leaders, Chinese leaders and Malays leaders.

Can't say it is a coincident cause it happens to more than a dozen people and more than a dozen times . All those bad karma done by the BN leaders has revisited them back. They lost their trust from people, minister post or so what ever those they own by name of the government. We can really name the bad karmas done by these so called leaders by the name of GOD and the people.

Those bungalow build in peoples land; he died after the election,
Those who held the dog shooting competition lost his menteri besar job (He is mainly responsible for go ehead with temple demolition).
Those who laugh at other Indian brothers who been jail for fighting for Indian's right – Lost in his own place and become Zero from Hero.
Those who claim non Malays votes are not important to win the majority, now having hard time even he got back in the political race, not been in any ministry decided by his own father in law.
Those who said the opposition candidates is too young to hold challenge with her had lost everything.
Those who hold the Kris in his hand and roar like a tiger "don't try our passion..." what happen?? Meow meow meow..... the tiger become cat again.
Lost three most expensive and progressive state which they claim their strong hold cause the state has been developed which their corruption.
Those who claim the other races are barbaric by holding illegal rally, but now the situation turn the table for them. They have eaten back what they vomited. Illegal rally in penang show how hurt you are when you felt you are discriminated. This how the blacks brothers felt when they are left behind and not taken care.
Those who said opposition having problem to form a state but look at what happen in certain state hold by BN such as Trengganu and Perlis. Humiliation to the Palace but because of the so called "Water Face" they back up their own stand.
The Indian National Youth leader who paid Rm10,000 to PKR personnel whom I know very well and lead him to join MIC with 400 PKR member, publicity in the Buletin And Utusan Malaysia. But his bad intention was paid with his lost in the election and his deputy ministers post. The person who jump from one branch to another branch, I mean from one party to another party claim he got no choice because the youth leader have been spending him and his friends every day with money.

The Karma does not only strike those who did the bad sign but Karma does visit those who did good sin. But the revisit will be the good result.

Those who have been talking the truth have been paid fruitfully.
Those who had a good intention was given a chance to rebuilt the nation again.
Those who fought for the rights of the Indians had good turning point in the election and even won the election from inside the detention centre.
Tan Sri Mohamad Taib the Rural Minister is a man to be recognize off all the good thing he has done even no cabinet post was held by him in the past 11 years. He still manages to hold the post majlis Tertinggi even he was not a ADUN or MP. A man who was a former Selangor menteri besar from Hulu Selangor proved to all that people still support those who served them. He was an easy man to be approach by anyone and I have seen what he has done for the Indians in Hulu Selangor even Hulu Selangor MP was an Indian never done so much for the community – that is why Mike Tyson was back in the cabinet and our former Indian leader Indian was sent out from the political ring.

The KARMA shall leave no one, even the one in a PM or a former PM, no doubt to Malaysian that this former PM has done quit a lot for the country and the people, but he also have done harm to other races including not giving them what they suppose to be given. By the name of bumiputra he gives 10% to 15% discount for them when they buy houses include 110% loan. And he talks about how other country rules the nation and the people were treated. Isn't it to much racism to give such discount to certain races when we are living in a same country under the same leader and same political party? That is why he is been hated by his own people so called bumiputra and even sprayed pepper pray on him. He left the cabinet with tears regreting for what he has done to make his own race blind. He even made a very famous statement but a correct one - "Melayu mudah lupa.." Even though this is too much for an ex PM to receive this blow from his own race but Karma speaks to everyone. KARMA doesn't choose what race you are and what color you are.

"BOB MARLEY" a legendary known singer from Jamaica sang a song called "WAR", he said as long as there are people who still see the color of ones eyes, and the color of ones skin, there will be WAR. A solid nation can last for only 60 years before it falls said in Hindu sages. I have heard this even from a famous guru "OSHA – RAJNESH" and look like this government will collapse totally in the next 10 years time in total of 60 year in power.

The Uneducated

Kedaifan Segelintir Kita Mengaburi Mata Mereka

Sengaja memaksa diri duduk seketika di sebuah perhentian bus diperut ibukota memang tidak disangka tidak membosankan. Memerhati kesibukan segelintir manusia yang tidak menhiraukan kehadiran orang lain mengambarkan tayangan pelbagai episod drama secara langsung. Walaupun negara mengalami air pasang tsumani politik yang mendadak, masyarakat harus terus meneruskan hidup. Walau saban hari terasa imbuhan yang diterima semakin kecil nilainya namun hidup harus terus dihidupkan. Sorak teriakan dan poster poster yang ditampal sempena piliharaya masih terlekat pada dinding perhentian bus ini. Bahan pilihanraya memang masih terasa dengan adanya baki poster yang menunggu ditanggalkan.

Menyingkap kisah sikap rakyat Malaysia yang sungguh unik dan memang terkenal dengan sikap selamba membawa kesan yang lucu dalam arena politik negara. Alangkah cerdiknya masyarakat Malaysia yang telah mula menyuarakan pendapat tanpa terasuk dengan tampalan tampalan iklan poster yang berwana warni. Sehingga ada iklan wakil yang sanggup memeluk OKU, memangku bayi pun menjadi modal dalam gambar iklan politik tanpa mengira bangsa dan agama. Dunia cyber yang pada awalnya dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk generasi yang lebih mudah terdedah dengan pengaruh negatif tetapi telah digunakan oleh masyarakat Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam dakyah dakyah palsu politik negara ini. Disinilah sebenarnya kebenaran di pertengahkan. Bukan pemberita yang memainkan peranan dalam bidang menyampaikan berita tetapi masyarakat sendiri telah menjadi penyampai berita dan pembaca menjadi penilai yang menilai yang mana betul dan yang mana salah, yang mana perlu dipilih dan yang mana perlu ditolak.

Kalau sesetengah masyarakat memilih cara demontrasi sebagai cara menyampaikan rasa tidak puas hati tetapi majoriti masyarakat memilih untuk menjadi penyampai perkara yang benar. Kalau kerajaan yang sudah tumpul gigi taringnya percaya masyarakat Malaysia adalah barbarik yang suka membuat huru hara tetapi kini harus sedar sebahagaian besar marsyarakat Malaysia sebenarnya adalah golongan intektual yang sedang memerhati dan menilai tindakan barbarik kerajaan terhadap rakyat yang lemah.

Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, segala ugutan oleh pemimpin akan terulangnya peristiwa hitam 13 May akhirnya menjadi jenaka. “MODAL PEMBANGKANG TAK LAKU LAGI” unggapan sesetengah pemimpim yang cuba mengugut dengan menanam rasa takut kini telah terbukti menjadi jenaka. Kini “MODAL BN TAK LAKU LAGI” Suasana ini jelas dilihat dengan lagak laku masyarakat Malaysia yang meneruskan hidup seperti biasa sehari selepas sehari pilihanraya seakan tiada apa yang berlaku. Malah berani saya katakan masyarakat kini menjadi lebih matang dan mula berintagrasi dengan lebih jelas. Kemana dan walau dimana cerita kelumpuhan BN di jadikan modal cerita. Rata rata rakyat telah menjadi sedar akan dakyah yang dipalsukan oleh pemimpin yang cuba mengaburkan mata rakyat. Sehinggalah pihak istana campur tangan.

Satu tindakan yang terpuji baginda memang perlu di junjung rakyat. Tindakan baginda sepatut dikaji sebagai satu mesej yang jelas bahawa istana memang perihatin dan mahami jeritan hati rakyat. Begitulah tindakan yang diharap rakyat dinegeri lain. Sudah sampai masanya untuk DYMM Sultan untuk memilih menteri besar negeri dari kalangan bukan melayu. Teringat saya peristiwa yang pernah diceritakan oleh seorang hamba tuhan mengenai kemuliaan Baginda Rasullulah SAW yang memilih pemimpin pertama kota Madinah. Seorang hamba yang diselamat. Bukankah peristiwa ini membawa makna yang mendalam. Sikap terpuji Baginda memang mengejutkan ramai umat islam tetapi akhirnya membawa berkat.

Sama samalah kita menjadi pemerhati dan menilai apakah omongan ini boleh menjadi kenyataan.

The Uneducated

KIRIT KUMAR SHAH ~ "Syaitan Bertopeng Manusia" (Penghinaan Agama Meleluasa Di Malaysia)

Salam Hormat Kepada Semua Saudara Sejagat,

Buat pertama kali saya terfikir untuk memetik papan kekunci lap top saya untuk ke web page kerana tidak dapat menahan tuduhan yang dilemparkan bertubi tubi terhadap sesuatu bangsa dan agama yang berbau hanyir dan tidak realistik.

Terasa bermulanya era penghinaan dan pengutukkan agama dilakukan secara meluas didalam dunia cyber. Inikah satu permulaaan kearah penamatan kesejahteraan yang selama ini dilindungi dan diamati semua agama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini di dapati ada seorang hamba tuhan yang bernama KIRIT KUMAR SHAH yang asalnya lahir dalam keluarga gujerati yang menganuti agama Hindu aktif bersyarah dan berkongsi idea mengenai kehebatan agama Islam.

Memang tidak dapat dinafikan dalam mencari jawapan perjalanan hidup hati beliau telah terbuka untuk mendekati agama Islam dan menganutinya. Satu sikap yang benar dan ikhlas telah membawa beliau melangkah lebih jauh hingga mencabar agama agama lain dengan cara mengujudkan pelbagai tanda persoalan.

Harus disedari, persoalan dan perbandingan agama yang dipersoalkan oleh saudara Kirit telah mencabar kewibawaan agama lain seperti agama ketiga besar penganut didunia iaitu agama HINDU.

Saya sebagai seorang yang pernah berjuang bersama saudara kirit selama 4 tahun dalam sebuah syarikat jualan langsung mengaku bahawa beliau adalah seorang yang berkarisma dan sentiasa berfikiran positif dalam apa juga situasi.

Kami dalam satu pasukan hampir berkongsi apa jua perbincangan yang timbul dan sentiasa mencari jawapan dan cara penyelesaian. Usah persoal pengalaman kami bersama memang sungguh hebat mengharungi kawasan hampir keseluruh Semenanjung hingga k Sabah dan Sarawak.

Kami pernah tidur dalam kereta, menumpang rumah orang asing, pengalaman mendaki gunung Kinabalu, kemalangan kereta, bertarung nyawa dalam kapal terbang yang gagal mendarat, pengalaman bercuti ke lima negara dan pelbagai lagi yang tak dapat saya huraikan dalam bahasa ringkas. Mungkin suatu hari nanti saya akan berkongsi dengan anda semua pengalaman saya bersama saudara Kirit.

Menyentuh mengenai perbincangan beliau mengenai perbandingan agama Islam dengan agama lain, saya rasa beliau memang mempunyai kajian pengetahuan yang logik dalam agama Islam tetapi pengetahuan beliau mengenai agama lain amatlah cetek dan mengarut.

Kata kata beliau juga mungkin dipercayai oleh mereka yang juga tidak mengenali agama lain sedalam penganutnya sendiri. Buktinya dapat dilihat dalam ruangan komen dimana rata rata penganut agama lain amat kecewa dan marah kerana agama lain diperkecilkan dan berbau hina.

Ada juga mereka yang mendakwa akan membunuh beliau. Bayangkan perasaan mereka yang dihina. Betapa lukanya hati mereka kerana agama mereka dinilai dan dihina oleh beliau yang telah lupa daratan dan lupa asal usul beliau.

Walaupun saudara kirit ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam pengetahuan agama islam, itu tidak bermakna beliau layak mengutuk dan membuat perbandingan agama lain yang amat jelas karut dan hanya boleh dipercayai oleh saudara Islam lain yang tidak tahu menahu tetapi di heret bersama dalam kanca dosa ketuhanan dan agama. Persoalannya beliau sebenarnya mempunyai agenda yang tersendiri dalam memperolehi populariti.

Tahukan saudara saudara sekalian perbuatan hina dan keji yang pernah dilakukan beliau sepanjang hidup beliau. Berzina dengan perempuan bukan mukrim (Saya masih ingat nama mangsa beliau yang pernah berkongsi masalah dengan saya tetapi kami tidak dapat berbuat apa apa kerana atas dasar perempuan lemah yang telah menyerahkan semuanya).

Saudara kirit juga telah memaksa mangsa untuk mengugurkan anak kandungan luar nikah beliaunya dan bukan sekali tetapi berkali kali. Mungkin kini sangkaannya apabila beliau menganut agama Islam segala dosa beliau akan erampun seperti bayi yang baru lahir tetapi harus diingat saudara adalah seorang pembunuh kerana memaksa mengsa untuk memgugurkan anak kandungan luar nikah dengan saudara.

Bukan tamat disitu tetapi mangsa keduanya pula seorang lagi pekerja baru berasal dari ipoh. Anak dara muda ini memang memikat dan pastilah menang bertanding memikat. Kesempatan itu digunakan beliau untuk mengulangi perbuatan terkutuk semula. Diperlakukan seperti isteri sehinggalah saya dengar beliau telah berkahwin.

Saudara Kirit Kumar Shah, jangan cuba memperbodohkan agama HINDU yang telah wujud sebelum wujudnya agama lain didunia ini, mengujudan agama selepas itu adalah edisi baru yang lebih lengkap dan Islam adalah yang paling baru yang wujudnya 1500 tahun berbanding agama kristian 2000 tahun dan agama Buddha 5000 tahun.

Saya boleh membuktikan bahawa ada pengakuan berbukti bahawa pengujudan scripture agama hindu yang telah wujud sebelum adanya hebrew scriptrure (First Testament) semillenium tahun dahulu dan sebahagian besarnya masih selamat ada sehingga kini. Iaitu mengikut kiraan agama kristian adalah circa 1500 BCE.

Hindu sacred texts are perhaps the most ancient religious texts still surviving today. Some appear to be millennia older than the Hebrew Scriptures (Old Testament) which conservative Christians date to circa 1500 BCE and liberal scholars date to circa 900 BCE.

The primary sacred texts of Hinduism are the Vedas: the Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda and Atharva Veda. The Vedas contain hymns, incantations, and rituals from ancient India. 4 The Rig Veda (a.k.a. Rigveda) may be the oldest of the four. Estimates of its date of composition in oral form range from 1500 BCE to 4000 BCE.

Yajur and Atharva Vedas refer to the vernal equinox having occurred in the Pleiades constellation -- an event dating from about 2500 BCE. The date when the Vedas were placed in written form is unknown. Various dates from 600 to after 300 BCE have been suggested

Juga satu bukti peninggalan berhala budha yang terbesar didunia di negara Afganistan membuktikan agama buddha juga telah wujud lebih lama dari islam dan hampir mendekati dunia arab.

Saya rasa saudara Kirit harus membuat lebih homework sebelum mengeluarkan kata kata kelentong pada yang mudah terpedaya. Peralihan orang orang arayan dari utara india adalah pengembaran mencari dunia baru, jangan dikaitkan dengan nama agama HINDU berasal dari orang yang tinggal di sungai Indus. Kerana itu adalah salah satu kemungkinan sahaja.

Hinduism -- the most commonly used name in North America. Various origins for the word "Hinduism" have been suggested:
It may be derived from an ancient inscription translated as: "The country lying between the Himalayan mountain and Bindu Sarovara is known as Hindusthan by combination of the first letter 'hi' of 'Himalaya' and the last compound letter 'ndu' of the word `Bindu.'" Bindu Sarovara is
called the Cape Comorin sea in modern times. 1
It may be derived from the Persian word for Indian.
It may be a Persian corruption of the word Sindhu (the river Indus)
It was a name invented by the British administration in India during colonial times.

Hinduism has commonly been viewed in the west as a polytheistic religion - one which worships multiple deities: gods and goddesses. Although a widespread belief, this is not particularly accurate.

Some have viewed it as a monotheistic religion, because it recognizes only one supreme God: the panentheistic principle of Brahman, that all reality is a unity. The entire universe is seen as one divine entity who is simultaneously at one with the universe and who transcends it as well.

Some view Hinduism as Trinitarian because Brahman is simultaneously visualized as a triad -- one God with three persons:
Brahma the Creator who is continuing to create new realities
Vishnu, (Krishna) the Preserver, who preserves these new creations. Whenever dharma (eternal order, righteousness, religion, law and duty) is threatened, Vishnu travels from heaven to earth in one of ten incarnations.

Shiva, the Destroyer, is at times compassionate, erotic and destructive.
Strictly speaking, most forms of Hinduism are henotheistic; they recognize a single deity, and recognizes other gods and goddesses as facets, forms, manifestations, or aspects of that supreme God.

Ingin saya berkongsi pendapat dengan umat Islam yang saya hormati bahawa walau apa pegangan agama dan kepercayaan kita, ketahuilah bahawa tiada agama atau ajaran dunia ini yang menyuruh kita berzina atau melakukan perkara yang tidak direstui tuhan.

Tidak ada agama yang menghalalkan yang haram. Cuma peredaran masa dan menguatkuasaan yang membezakan ketekunan agama tersebut. Kalau di Negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam kita mempunyai undang undang syariah yang giat menjalankan pengharaman aktiviti haram dan bertindak sebagai satu institusi agama yang serata dan terkawal dengan kuasa penguatkuasaan.

Adakah undang undang agama lain dibenarkan dilaksanakan didalam negara ini? Saya sedar bukan kuasa kita untuk menbincangkan perkara ini kerana perbincangan ini tiada penhujungnya. Layarilah halaman internet untuk mencari jawapan untuk soalan saudara sekalian.

Teringat saya pada satu komen yang di suarakan oleh seorang saudara Islam yang mengutuk saudara Kirit Kumar dan meminta beliau diampunkan kerana melanggari ajaran Agama Islam yang suci yang tidak pernah menyuruh merendahkan menganut agama lain.

Malah agama Islam menyuruh umatnya menghormati kepercayaan mereka dan berdakwah mengikut lunas lunas yang dibenarkan.

Saudara Kirit, teringat saya komen saudara dalam klip vedeo Penerangan Agama Hindu 1 dan 2, bahawa anda sebenarnya revert back to islam kerana semua manusia yang dilahirkan adalah beragama islam.

Jadi kenapa bayi di Islamkan dan di babtistkan dalam agama kristian selepas suatu jangka waktu? Bukankah mereka memang Islam pada lahirnya? Saudara Kirit Kumar Shah, segala cara menyembahan mengunakan api, air, cahaya yang beri tuhan di hormati dan dianggap suci dalam agama Hindu, jadi diberi penghormatan dan bukan disembah sebagai tuhan.

Kalau dilihat orang orang Israel yang di restui tuhan yang maha kuasa dan diberikan tanah Israel pada mereka, juga diwahyukan dalam kitab suci Quran.

The answer is really very simple. God gave the land of Israel to Abraham (Genesis 17:8) and to his descendants through Isaac (Genesis 26:2-5) and Jacob (Genesis 28:1-4,13-14).

That means the land belongs to the descendants of Jacob, whose name was changed to Israel. In other words, the land belongs to the children of Israel, referred to in the New Testament as the Jews (Romans 1:16).

Apa penjelasan saudara dalam perkara ini?

Adakah menyertai forum antarabangsa Islam di luar negara melayakkan saudara sebagai ulama yang menandingi John Pope. Sedarlah populariti dan materialistic telah membutakan saudara supaya berkata apa saja yang panas untuk terus hidup bertopengkan populariti.

Contohilah Mother Teressa yang menghambakan diri pada umat manusia. Dengarilah doa yang dibacakan Gauthama Buddha untuk umat manusia termasuk diri saudara.

Minta maaf kerana merendahkan populariti saudara, sebenarnya mengutuk dan merendahkan saudara secara langsung meningkatkan populariti saudara.

Kerana inilah sebenarnya agenda saudara untuk cepat dikenali. Sebenarnya saudara mempunyai bakat untuk menyertai politik dan pasti anda akan berjaya.

Kepada saudara saudara hindu, maafkanlah saudara Kirit Kumar ini kerana beliau tidak memahami apa sebenarnya yang di perjuangkan beliau. Kita doakan supaya beliau sedar dan kembali kepangkal jalan. Sebenarnya kemarahan anda semualah yang telah mempopularkan beliau.

Beliau adalah seorang yang murtad terhadap ajaran agamanya sendiri. Selama 20 tahun hidup di dunia, ini saja yang berjaya dipelajari mengenai agamanya, namun saya tidak berniat menrendahkan krediabiliti beliau tetapi memang di zaman menoreh getah dulu teknologi IT belum berlabuh di negara kita. Namun beliau masih ada masa, “ never to late” kata orang putih.

Kepada saudara Islam semua, agama islam adalah agama yang senang difahami dan mudah didalami. Berkasihlah kita dengan jalan yang di redhahi, ilmu agama tiada penhujungnya walau kealam baka. Salah tafsir agama boleh menyebabkan insan merana sesama sendiri.

Pergolakakkan agama dunia arab disebabkan salah tafsir sesama sendiri dan dengan agama lain merugikan umat manusia keseluruhannya. Perlukah kita menghadapi kemusnahan ketemadunan manusia kerana agama.

Bukan sesuatu yang indah bila melihat anak anak kita ke masjid dan yang ke kuil dan gereja dengan aman dan menghormati sesama sendiri. Berbumbungkan langit yang sama, bernafas udara yang sama, menikmati pemberian alam ketuhanan abadi.

Berfikirlah dan berdoalah untuk orang lain dan percayalah pasti akan ada insan yang mendoakan kesejateraan kita.

Mahathma Gandhi pernah menulis lagu berpuisi yang di nyanyikan di seluruh kuil didunia ini, “Iswara Allah tero nam, sabhgo sanmathi je baghawan” bermaksud, Iswara Allah Krisna adalah yang Maha Satu, cuma cara pendekatan yang berbeza.

Sempat juga saya mendengar Titah Baginda DYMM sempena hari mulia Maulidur Rasul supaya mencontohi Rasulullah SAW yang mulia, merendah diri, menghormati semua walaupun musuhnya. Bukankah itu satu titah Baginda untuk semua manusia sejagat didunia ini.

Kita adalah bangsa asia yang penuh dengan perbezaan ethnik namun kita berjaya selama ini mengekalkan keharmonian dalam perbezaan pendapat. Timbang taralah fahaman dan kata kata dusta dari seorang yang durjana dan ingin menguasai minda anda dengan mengelirukan fakta.

Sincerely,
Hinduism has a deserved reputation of being highly tolerant of other religions. Hindus have a saying: "Ekam Sataha Vipraha Bahudha Vadanti," which may be translated: "The truth is One, but different Sages call it by Different Names"

The Uneducated

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...