Wednesday, May 21, 2008

Kedaifan Segelintir Kita Mengaburi Mata Mereka

Sengaja memaksa diri duduk seketika di sebuah perhentian bus diperut ibukota memang tidak disangka tidak membosankan. Memerhati kesibukan segelintir manusia yang tidak menhiraukan kehadiran orang lain mengambarkan tayangan pelbagai episod drama secara langsung. Walaupun negara mengalami air pasang tsumani politik yang mendadak, masyarakat harus terus meneruskan hidup. Walau saban hari terasa imbuhan yang diterima semakin kecil nilainya namun hidup harus terus dihidupkan. Sorak teriakan dan poster poster yang ditampal sempena piliharaya masih terlekat pada dinding perhentian bus ini. Bahan pilihanraya memang masih terasa dengan adanya baki poster yang menunggu ditanggalkan.

Menyingkap kisah sikap rakyat Malaysia yang sungguh unik dan memang terkenal dengan sikap selamba membawa kesan yang lucu dalam arena politik negara. Alangkah cerdiknya masyarakat Malaysia yang telah mula menyuarakan pendapat tanpa terasuk dengan tampalan tampalan iklan poster yang berwana warni. Sehingga ada iklan wakil yang sanggup memeluk OKU, memangku bayi pun menjadi modal dalam gambar iklan politik tanpa mengira bangsa dan agama. Dunia cyber yang pada awalnya dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk generasi yang lebih mudah terdedah dengan pengaruh negatif tetapi telah digunakan oleh masyarakat Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam dakyah dakyah palsu politik negara ini. Disinilah sebenarnya kebenaran di pertengahkan. Bukan pemberita yang memainkan peranan dalam bidang menyampaikan berita tetapi masyarakat sendiri telah menjadi penyampai berita dan pembaca menjadi penilai yang menilai yang mana betul dan yang mana salah, yang mana perlu dipilih dan yang mana perlu ditolak.

Kalau sesetengah masyarakat memilih cara demontrasi sebagai cara menyampaikan rasa tidak puas hati tetapi majoriti masyarakat memilih untuk menjadi penyampai perkara yang benar. Kalau kerajaan yang sudah tumpul gigi taringnya percaya masyarakat Malaysia adalah barbarik yang suka membuat huru hara tetapi kini harus sedar sebahagaian besar marsyarakat Malaysia sebenarnya adalah golongan intektual yang sedang memerhati dan menilai tindakan barbarik kerajaan terhadap rakyat yang lemah.

Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, segala ugutan oleh pemimpin akan terulangnya peristiwa hitam 13 May akhirnya menjadi jenaka. “MODAL PEMBANGKANG TAK LAKU LAGI” unggapan sesetengah pemimpim yang cuba mengugut dengan menanam rasa takut kini telah terbukti menjadi jenaka. Kini “MODAL BN TAK LAKU LAGI” Suasana ini jelas dilihat dengan lagak laku masyarakat Malaysia yang meneruskan hidup seperti biasa sehari selepas sehari pilihanraya seakan tiada apa yang berlaku. Malah berani saya katakan masyarakat kini menjadi lebih matang dan mula berintagrasi dengan lebih jelas. Kemana dan walau dimana cerita kelumpuhan BN di jadikan modal cerita. Rata rata rakyat telah menjadi sedar akan dakyah yang dipalsukan oleh pemimpin yang cuba mengaburkan mata rakyat. Sehinggalah pihak istana campur tangan.

Satu tindakan yang terpuji baginda memang perlu di junjung rakyat. Tindakan baginda sepatut dikaji sebagai satu mesej yang jelas bahawa istana memang perihatin dan mahami jeritan hati rakyat. Begitulah tindakan yang diharap rakyat dinegeri lain. Sudah sampai masanya untuk DYMM Sultan untuk memilih menteri besar negeri dari kalangan bukan melayu. Teringat saya peristiwa yang pernah diceritakan oleh seorang hamba tuhan mengenai kemuliaan Baginda Rasullulah SAW yang memilih pemimpin pertama kota Madinah. Seorang hamba yang diselamat. Bukankah peristiwa ini membawa makna yang mendalam. Sikap terpuji Baginda memang mengejutkan ramai umat islam tetapi akhirnya membawa berkat.

Sama samalah kita menjadi pemerhati dan menilai apakah omongan ini boleh menjadi kenyataan.

The Uneducated

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...