Thursday, December 9, 2021

Kemaluan Negara - Faisal Tehrani (FMT)

Kalau kita melihat sejarah negara, dan Perdana Menterinya, kita akan menemukan pelbagai usaha pemimpin negara untuk menutup dan menyembunyikan Kemaluan Negara. Pada 1871, ketika negara masih bawah jajahan Inggeris, penjajah memperkenalkan Kanun Keseksaan kerana melihat tatkala itu ada godaan untuk berseronok-seronok dengan kemaluan.

Justeru, segala yang ada bahangnya korupsi dan rasuah diikat dengan kanun tersebut. Akan tetapi selepas Perang Dunia Kedua, ternyata, negara tidak dapat membendung. Segelintir masyarakat – khusus dalam kalangan pembesar – memang teruja atau ghairah dengan kemaluan.

Oleh sebab tiada malu itu, Inggeris melantik seorang hakim, EN Taylor mengetuai sebuah jawatankuasa yang diberi nama “Commission of Enquiry” dalam tahun 1952. Tugas hakim kanan itu ialah untuk memastikan kemaluan itu kekal satu kemaluan, dan jangan sampai teruja ditonjol-tonjolkan. Hal ini ada disebutkan oleh sejarawan Khoo Kay Kim dalam prakata buku Don Patrick bertajuk “Corruption is My Name and Destruction is My Game”.

Menjelang kemerdekaan, Inggeris mendapati sikap terhadap korupsi dan rasuah amat lunak padahal ia kemaluan. Maka Inggeris memanggil Shah Nazir Alam dari Pakistan, seorang pegawai polis pangkat tinggi untuk memperkenalkan pelbagai usaha pencegahan rasuah supaya tidak melarat. Waktu itu barangkali rasuah di Pakistan belum sampai memalukan.

Apabila negara bertuah ini merdeka, sebuah unit khas yang memeriksa hal-hal tiada malu ditubuhkan dan diletakkan di bawah Jabatan Polis. Sebuah lagi unit, Pencegahan Korupsi diletakkan pula bawah Jabatan Perdana Menteri, manakala unit Pendakwaan Korupsi dan Rasuah diparkir bawah Pejabat Peguam Negara.

Akan tetapi sesetengah dalam kalangan kita terus galak mendedahkan kemaluan. Maka kerajaan tiada pilihan lain, dengan menggubal Prevention of Corruption Act 1961 yang berkuatkuasa mulai 16 November 1961.

Tetapi negara mulai panik kerana korupsi nampaknya sukar dibendung dan ditekan. Sepuluh tahun setelah itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dilantik untuk menggubal sebuah agensi berstruktur yang dapat mencegah korupsi dan rasuah. Ketika itu, agensi mengawali kemaluan ini diletakkan bawah Kementerian Dalam Negeri dan mulai berfungsi pada 12 April 1967.

Pun, mereka yang sukakan kemaluan dan tiada malu untuk mempamer kemaluan terus menjadi-jadi. Tun Abdul Razak yang bingung dengan keadaan kemaluan ini memerintahkan Tan Sri Ibrahim Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pada 1973 melakukan sesuatu. Hasilnya adalah kertas Kabinet nombor 151/859/73 yang membuka jalan penubuhan Biro Siasatan Negara. Kerja mereka kini merangkumi kepada penyalahgunaan kuasa, dan memburu mereka yang terang-terangan mendambakan segala belai dan usap terhadap kemaluan.

Pada 1982, ia berubah bentuk menjelma menjadi Biro Pencegahan Rasuah. Malang, kemaluan terus terselak, aduan menjadi sepuluh ribu kes, dan jumlah tangkapan sekitar 357 orang. Bermakna seorang setiap hari ada yang membuka zip dan menunjuk kemaluan kepada orang.

Oleh sebab kerajaan makin cemas kerana rasuah kian menular, dan korupsi terus menjadi kurap dan sesetengah pemimpin tiada malu pun membuka aurat untuk memperlihatkan kemaluan, BPR pada 1987 menerapkan pelbagai usaha seperti antara lain, meningkatkan kesedaran awam terhadap jijiknya membuka kemaluan; menyedarkan masyarakat kurapnya kemaluan korupsi; menabur benih agar pihak berkuatkuasa itu bersih, cekap, amanah; dan tidak kurang juga memupuk nilai Islami, dengan harapan misalnya ada pemimpin dan penjawat awam yang beragama Islam sentiasa cakna dan tahu penambahan tiba-tiba duit dalam akaun bank seraya bersumpah atas nama Allah untuk tidak menipu dan terus merasuah.

BPR itu juga mulai bekerjasama dengan masyarakat untuk melawan semua kegilaan mencanak untuk menunjukkan malu atau kemaluan negara: rasuah dan korupsi.

Tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi malu dengan kemaluan, segera mengangkat BPR atau Biro Pencegahan Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM. Ia ditubuhkan dengan model agensi pencegahan rasuah Hong Kong dan New South Wales, Australia.

Untuk meningkatkan pengawasan terhadap suruhanjaya ini, SPRM dipantau dan perlu menjawab kepada lima jawatankuasa. Sebagai bandingan, pihak polis masih belum dipantau oleh mana-mana jawatankuasa.

Semua di atas adalah usaha pemimpin negara ini untuk menutup kemaluan.

Ia bukanlah kerja mudah. Sebab korupsi sudah mulai sedap dipakai. Malah ia menjadi-jadi sehingga sekarang yang melakukan rasuah itu sudah tidak malu, bahkan memanggil orang untuk melihat kemaluannya.

Pun, satu kecuaian Abdullah ialah mengangkat ramai orang yang tiada malu ke tempat yang tidak patutnya. Malah Abdullah membiarkan ular merayap ke pusat pentadbiran. Pemimpin boleh sering terlelap, tetapi kemaluan tidak tidur, malah selalu bangkit mengeras dan tidak mahu kebah turun.

Kemaluan Negara itu kini menjalar berjalan-jalan dan merayau ke sana sini menunjukkan ia tiada malu. Ia mengenakan kopiah untuk beraksi. Kadang Kemaluan Negara duduk atas sejadah sembahyang malam hari di atas hamparan kurap dan korupsi. Kemaluan Negara juga turun kepada rakyat, dan rakyat yang tak malu akan menyambut Kemaluan dengan rasa pesona. Gerai makan yang potong dan tidak berapa sedap yang dikunjungi Kemaluan Negara misalnya akan keseronokan diusap Kemaluan Negara. Bahkan Kemaluan Negara berkunjung ke serata dunia. Minion bangang ceruk desa akan bagai terkujat letrik dicucuh kemaluan.

Dalam banyak kejadian Kemaluan Negara akan tersengih-sengih mempamer kurap yang tersentil keluar, dan korup yang terjulur itu; seraya orang ramai melaung dan berterik-teriak:

Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku!

Akan tetapi, mujur masih ramai lagi yang malu dengan kemaluan. Masih ramai.

Yang masih ramai dan berpelajaran ini tahu sejarah bagaimana kemaluan ini harus diredam dan ditutup; jangan sampai terbuka terkeluar terbonjol. Yang masih malu dan ramai ini membuat keputusan Kemaluan Negara harus dicegah.

Maka Kemaluan Negara dialahkan buat seketika.

Sayang ada banyak pengkhianatan; maka pengorbanan mereka yang melawan Kemaluan itu nampaknya tidak dihargai. Pengorbanan dipersiakan, Kemaluan kembali tersentil dan menjulurkan kepala kemaluannya.

Kemaluan Negara iaitu korupsi masih bebas dan belum diikat. Belum ada cukup keberanian untuk mengikat dan menggari Kemaluan Negara. Sebab Kemaluan Negara itu sudah berakar umbi. Mereka yang berhasrat untuk mengikatnya mesti ingat, masih ramai orang di luar sana suka menunjukkan kemaluan. Malah ada yang puas memuja kemaluan ini. Pihak yang mahu mengikat Kemaluan Negara memang kadang gamam dan tercengang kerana ramai yang beragama Islam dan bersumpah dengan nama Allah sanggup lagi tergamak pula menggandingkan nama Tuhan dengan sorak-sorai: Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku!

Demikian, sejarah perjuangan melawan Kemaluan Negara belum berakhir nampaknya. Apabila ia masih boleh menjalar, merayau, dan melondeh kemaluannya untuk diperlihatkan.

Kita memang malu melihat kemaluan ini terbuka dan terdedah. Tapi, barang diingat, sejarah cintakan kemaluan di negara ini memang panjang. Dari dulukan, ada yang percayakan Kemaluan. Mereka malah menangisi Kemaluan dan salah seorangnya bertudung litup sempat mengatakan, ‘Kami kenal Kemaluan kami. Dia baik. Kami tetap tak malu dan nak juga pada Kemaluan’.

Kawan-kawan yang tidak malu ini ramai dan terus melaungkan; Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku! Kemaluanku!

lvbala said:

Kalau sakan suka sangat main dengan kemaluan yang perlu diguna walaupun setelah mati, memberikan semangat keunikan kemaluan yang dijunjung....  


All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...