Wednesday, December 20, 2017

Non-Malays In ATM

“Patriotisme orang bukan Melayu, terutamanya Cina dan India, dalam tentera tidak pernah menjadi isu. Sebenarnya, sejak tahun-tahun pra-merdeka, mengharungi darurat pertama dan kedua, di awal tahun-tahun Home Guard (Pasukan Kawalan Tempatan), Super 12 (12 pegawai pelopor Rejimen Persekutuan), Rejimen Persekutuan, misi pengaman Congo, Konfrontasi, terorisme komunis bandar, perang hutan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, para pegawai dan anggota bukan Melayu berjuang dengan berani di sisi saudara Melayu seperjuangan.”


KUALA LUMPUR: Menyokong seruan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menetapkan sasaran 10% pengambilan bukan Melayu menyertai ATM setiap tahun, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini mendedahkan sebab bukan Melayu tidak lagi berminat.

Presiden Patriot, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji dalam kenyataan berkata pertubuhan itu mahu memberikan pandangan sebenar tentang “beberapa isu yang sangat sensitif”.
Arshad berkata dari 1960-an hingga penghujung 70-an, kakitangan ATM bukan Melayu membentuk 30% daripada keseluruhan tenaga kerja. Tentera laut dan udara mempunyai peratusan yang lebih tinggi. Lama kelamaan, angka tu secara perlahan-lahan turun kepada sekitar 5% sekarang ini.
Beliau berkata antara sebab bukan Islam mengelak daripada sertai kerana ada pembahagian mengikut garis etnik yang jelas dalam angkatan tentera.

Oleh kerana dasar tindakan afirmatif kerajaan pada 1980-an menyerap masuk ke adalam pentadbiran tentera, Arshad berkata “kata-kata pelik seperti ‘orang kita’ telah merayap masuk ke dalam minda komander tentera.”

Lambat tapi pasti, komander berkenaan melihat mereka di bawah jagaan mereka sebagai adik tiri atau anak tiri, bukan lagi sama seperti sebelumnya. Mereka membuatkan individu-individu berkenaan rasa tidak penting dan tidak diingini. Sebaliknya, perasaan seperti ‘orang luar’ menyebabkan ramai rasa tidak disengani. Demikian bermula era individualistik serta sikap dan tingkah laku mementingkan dri sendiri dalam tentera.”

Walaupun ramai jeneral mudah disenagi dan peduli akan mereka di bawah jagaan mereka, ‘little Napoleons’ di Kementerian Pertahanan – penjawat awam yang mempunyai kuasa – membuat dasar berkaitan dengan kenaikan dan menguatkuasakan peraturan tidak bertulis dan sistem kuota mengenai bukan Melayu.

“Pada penghujung 70-an dan 80-an, sebarang kenaikan untuk pegawai mengatasi pangkat Major akan dianggap politik. Bagi pegawai dan anggota tentera, politik itu makhluk asing. Terutamanya bagi pegawai bukan Melayu, makhluk aneh itu masuk ke dalam hidup mereka dan terus menghantui mereka sejak 1980-an dan meninggalkan pengalaman pahit. Apabila mereka meninggalkan perkhidmatan pada 1990-an, tidak ramai yang akan menyanjung organisasi itu.”

Arshad berkata bukan Melayu tidak kisah jika pegawai-pegawai Melayu yang layak di bawah mereka diberi kenaikan, tetapi lama-kelamaan pegawai-pegawai yang “sangat tidak layak” pula yang diberi kenaikan.

“Diikuti pula dengan terpaksa merujuk mereka sebagai ‘sir’ dan memberi tabik kepada bekas pegawai bawahan mereka itu, yang menjadi satu lagi faktor yang melemahkan semangat.”
Beliau berkata tiada jalan untuk mengadu dan sebarang bentuk bantahan atau tentangan akan dianggap keingkaran dan suatu kesalahan bawah undang-undang tentera.

“Faham-faham sajalah, seorang pegawai yang tidak berapa baik diberi kenaikan dan kuasa kerana naungannya akan melahirkan hasil yang tidak berapa baik dan lebih rendah daripada standard yang ditetapkan. Di samping itu, ramai pegawai Melayu yang ada merit juga terjejas. Pegawai Melayu yang diberi kenaikan berdasarkan merit peroleh kesetiaan dan rasa hormat dari bukan Melayu.”
Presiden Patriot itu berkata sebab lain ialah tentera lama-kelamaan semakin bertumpuan agama Islam.

“Mulai penghujung 1980-an, tentera semakin bertumpuan agama dan bukan Melayu rasa lagi terenggang. Kehidupan di mes pegawai dan kehidupan askar jadi ditentukan oleh sensitivity agama. Kesudahannya ia menjejaskan ‘esprit de corps’ dan kesetiakawanan dalam unit tentera pelbagai kaum.”

Arshad berkata faktor itu bukan hanya menjejaskan tentera tetapi juga polis dan pertubuhan perkhidmatan awam lain.

“Masalah yang dihadapi hari ini ialah hasil dasar dan keputusan kerajaan kita beberapa dekad lalu. Betul atau tidak, sejarah akan tentukan. Tetapi kita ada masalah semasa hari ini iaitu pegawai dan anggota yang bersara sedekad dua lalu, walaupun berkhidmat kepada raja dan negara dengan penuh bangga, tidak menggalakkan anak muda sertai tentera.

“Masalahnya endemik, sebab dan kesan peraturan ‘tidak bertulis’ dan peraturan dulu. Untuk selesaikan masalah itu, pertama sekali kita perlu mengakui masalah itu. Niatnya bukan mencari kesalahan, tetapi untuk memahami sepenuhnya rungutan dari perspektif bukan Melayu, dan membantu pembuat keputusan untuk kebaikan negara kita.”

Arshad berkata ahli politik juga perlu dipersalahkan kerana kenyataan yang mempertikaikan kesetiaan bukan Melayu.

“Patriotisme orang bukan Melayu, terutamanya Cina dan India, dalam tentera tidak pernah menjadi isu. Sebenarnya, sejak tahun-tahun pra-merdeka, mengharungi darurat pertama dan kedua, di awal tahun-tahun Home Guard (Pasukan Kawalan Tempatan), Super 12 (12 pegawai pelopor Rejimen Persekutuan), Rejimen Persekutuan, misi pengaman Congo, Konfrontasi, terorisme komunis bandar, perang hutan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, para pegawai dan anggota bukan Melayu berjuang dengan berani di sisi saudara Melayu seperjuangan.”

lvbala said:

Above article from FMT catch my eyes and reminds me about my ambition joining the Royal Force either ATM or PDRM. I was born and brought up in Kuala Kubu Bharu where the PARA 22 Comando base / PDRM Inspector trainig center and Akademik Bomba dan Penyelamat base were placed. You will see them everyday in the town, restaurants, barber shop, foofball feild and sometime you come cross they will be running carring timber log.

Beside all this one of my close buddy was selected to Military College for Airforce cadet training and so sadly it took more than a year to be called after they told him that he was rejected. It was a huge story where he ended up writing a personal letter to Panglima Tentera and only than he was called.

After all the hard hit, he manage to get his wing in Kepala Batas Kedah and serve the RAF for 14 years and he left the service and became a civiliant pilot.

See, to make it short, after all the amazing journey, one day he told me one thing.... "there is no place for Non Malays in the ATM... "  This came up after he ended his 14 years term and refuse to continue with the rank of Captain.

And the article above from FMT prove that everyone knew and aware about it but no one seems to care about it. so ATM should look into this seriously and do what it take to bring things back to what it suppose to be and I feel this will never happen.
 
All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...