Friday, May 23, 2008

Pagi Yang Indah ~ Tempias Pilihanraya Ke-12

Begitulah tamatnya segulung kisah, mengisahkan politik Malaysia yang hangat dikatakan dilanda tsumani, memang benar tidak boleh dinafikan bahang tamparan tsunami politik memberi kesan yang mendalam dalam sejarah Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahangnya terasa dari warung mamak ke restoran Ali Maju sampailah ke Starbuck, laku juga bisnes saudara kita tapi malang secawan teh boleh jadi sejam. Dalam kehangatan bahang ini pihak media, tak kiralah media cetak atau media elekronik, sama sama mendapat keuntungan besar. Kalau dulu sebelum pilihanraya pihak media sibuk cerita mengenai kehebatan BN menerajui negara dengan pemimpin yang penuh dengan corupsi, bukan itu saja, malah mereka juga berkelayakan membuat kesimpulan siapa yang betul dan siapa yang lebih bagus dalam permainan sabung politik tapi sekarang sibuk memberi nasihat apa yang perlu dilakukan dan dimana silapnya. Gambar Tan Sri Anwar yang tak pernah diperbesarkan tapi kini ada pemberita yang sanggup mewawancara beliau. Kalau sebelum pilihan raya cerita Taukeh Lim Kit Siang tak pernah diperbesarkan tapi kini semua katanya menjadi bahan utama pihak media. Kenyataan wawancara dengan Tan Sri Anwar berkenaan tender terbuka menjadi titik permulaan demokrasi tahap peralihan. Mungkinkah akan terbentuk satu formula yang mementingkan semua pihak dan bukan segelintir kerabatnya sahaja. Terfikir juga bila pulak pihak media menjadi penyampai berita kerajaan kepada masyarakat. Sebagai pelapor berita, laporkan saja berita apa yang berlaku dan rakyat malaysia sudah pandai menilai yang mana batu dan berlian, yang mana betul dan yang mana tak betul, yang mana perlu dipilih dan yang mana perlu diundi tolak.

Lain pulak cerita dengan negeri negeri yang dulunya dikuasai BN yang pernah menjadi tempat kubu kuat dengan aliran ekonomi yang rangsang, telah jatuh ketangan mereka yang dikata pembangkang. Satu tamparan “Culture Shock” yang kuat seperti digugur bom. Secara “over night” negeri negeri diutara pekerja hotelnya diarah bertudung. Disangka drama politik sudah ditahap penamat tapi nampaknya telah bermula satu era baru dalam cabaran politik Malaysia. Babak babak drama dari bekas bekas menteri yang melobi agar tak dituduh gila kuasa, cuba merendah diri serendah rendah agar tak dipandang rendah. Ada yang menjadi hero dengan pengorbanan, ada yang nak menjadi under dog dan ada pulak yang masih berdegil tak mahu berganjak walau ditolak jentolak undi rakyat Malaysia. Tak faham lagi, bukan satu kaum malah semua kaum menolak, masih tak faham bahasa bekas budak lepasan tingkatan enam ini. Rakyat malaysia sudah menuntut ilmu sampai keangkasa lepas. Tak perlu lagi diajar atau di takluki dengan ugutan gangtersm oleh askar upahannya. Perlu diingat semua, walaupun dah tersungkur dalam pilihanraya tapi namun kuncunya masih bernyawa dan telah mendapat lesen Yang Berhormat. Peluang nak berkuasa semula ada lagi. Tapi perlu diingat kalau masih diteruskan perjuangan singa tua, dia boleh menjadi penyakit kanser pada sekutunya yang lain. Kepecayaan rakyat akan terhakis secara menjunam dan kehilangan kepercayaan keseluruhan akan dilihat dalam keputusan pilihan raya yang akan datang. Tapi memang bijak langkah si singa tua ini. Tak sudi masuk ke perlimen melalui pintu belakang. Bila lagi nak sedar dan bila lagi nak bertaubat?

Apa pula yang cerita pilihan MB dan Timbalannnya di negeri negeri yang mendapat mandat baru rakyat? Keputusan dua timbalan memang satu keputusan yang tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah kaum. Tapi apa benar tindakan ini dapat menyelesaikan rentetan masyarakat? Pendekatan dua timbalan adalah replika BN yang ditemani dua lagi componen, tetapi kali ini dalam skala yang kecil. Ini sebenarnya memberi peluang kepada pemimpin mendekati rakyat dengan lebih rapat ke peringkat akar umbi dan juga memberi pengususan kepada kaum masing masing.

Antara persoalan yang hebat diperkatakan kini ialah adakah pemilihan YB pada pilihanraya ini berdasarkan individu atau parti? Dalam konteks keputusan pilihanraya kali ini memang tidak boleh di nafikan seseorang individu memainkan peranan yang penting dalam kemajuan dan kemakmuran rakyat, jadi memilihan individu menjadi taruhan pengundi. Perkara ini dapat di nilai dari segi peratusan pemenang kerusi yang dipilih adalah calon baru. Keputusan ini menjelaskan rakyat Malaysia tidak risau parti mana yang memerintah, atau parti mana yang ingin membawa kemakmuran tetapi sebenarnya mereka memilih siapa pemimpin yang boleh membawa kesenangan dan kesejahteraan pada semua.

Kalau dilihat dari sudut kaum yang lain pula, kita dapati berlaku satu revolusi yang amat ketara. Hampir 70 peratus rakyat hilang kepercayaan pada parti BN. Walaupun tiada berlaku pertunjukan perarakan atau pergolakan dalam parti namun mereka menjadi penonton yang memerhati dan menilai tindakan pihak tertentu pada rakan kaum yang minoriti ini. Kalau inilah layanan yang diberi pada rakan kaum seperjuangan minoriti itu, pasti suatu hari nanti akan diulangi pada kaum yang lain. Kalau mereka boleh mengorek jenazah yang sudah dikebumikan pasti mereka boleh mengorek jenazah kaum yang lain. Kalau kerajaan dibawah tampuk pimpinan perdana menteri ini boleh merobohkan kuil tempat beribadat rakan seperjuangan itu, pasti suatu hari nanti tokong juga akan dirobohkan. Yang peliknya perkara perkara begini tidak berlaku dalam kerajaan negeri yang memerintah dengan cara Islam sepenuhnya. Malah perkara meroboh ini tidak berlaku di negara Islam di seluruh dunia. Malah masyarakat kini sedar kerajaan Islam lebih perihatin dan menghormati kaum lain. Masyarakat kini tidak lagi risau jika kerajaan islam yang memerintah sepenuhnya. Rakan rakan bukan islam kita telah kemakmuran boleh dikecapi jika kerajaan islam menampuk pemerintahan negara.

Apa pulak cerita dengan kerajaan negeri selangor? Kenapa pula bekas pemimpinnya menantangani kontrak selepas dewan negeri dibubarkan. Over confident beliau telah memalukan diri sendiri dan pemusnahan dokumen dalam pejabat negeri membuktikan ketelusan kerajaan negeri selama ini. Si doktor sebenarnya cakap lebih tak serupa bikin. Kita sama lihat apa pulak perkembangan politik negara minggu hadapan.

Kalau masyarakat cina yang selama ini menyokong dan setia pada MCA dan menterinya menyuarakan rasa tidak puas hati melalui penyingkiran wakil dalam pilihanraya, keadaan yang sama juga dapat dilihat dalam pemilihan wakil UMNO yang rata rata kalah dengan pencabarnya dari golongan DAP dan PAS. Kemana hala tujuan BN? kalau sentimen ini masih menguasai masyarakat Malaysia maka pincanglah angkatan kabinet untuk menjalankan tugas yang dimandatkan. Apa yang menjadi persoalan ialah adalah BN telah kehilangan taringnya untuk menguasai minda rakyat? Apakah kredibiliti pimpinan perdana menteri kita sudah rapuh. Saya memuji sikap anak bongsu bekas PM kita Tun Mahathir, taringnya mula menajam seperti bapanya yang berani menyuarakan pendapat dan tiada apa apa tindakan diambil. Bukan tak boleh diambil tindakan, tapi dalam keadaan sekarang tak perlu diperbesarkan.

Apa pula cerita menantu yang menjadi YB? Belajar dulu bagaimana perlu berhikmat untuk masyarakat. Fahami masaalah mereka dan belajar bagaimana perlu memenuhi kehendak rmereka sebelum jadi menteri. Jawatan menteri tak datang mengolek.

Orang melayu dipenang tunjuk perasaan tak puas hati, sabar saudara. Kita baru membentuk sebuah negeri. Pasti teman kaum lain memahami. Jangan terpedaya dengan dakyah yang palsu dan meracuni fikiran sehingga mengancam keharmonian kita bersama.

Sincerely

Uneducated

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...