Thursday, October 9, 2008

Peralihan Kuasa UMNO ~ Perlu Dicontohi

Beberapa bulan kebelakangan ini, tumpuan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO. Akhirnya pengumuman YAB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak bertanding untuk jawatan presiden UMNO telah menamatkan spekulasi siapa akan memimpin UMNO dan seterusnya menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam. Persaraan beliau sebagai perdana menteri Malaysia pada bulan Mac 2009 juga diharap membawa kepada suatu perubahan yang dinantikan oleh kebanyakan pihak. Kesetiaan beliau terhadap UMNO juga terbukti. Kepentingan parti adalah lebih penting dan kemahuan rakyat khususnya orang melayu Malaysia telah terjawab dan seterusnya penumpuan kepada proses transaksi kuasa harus diberi perhatian. Sikap dan toleransi YAB Abdullah Ahmad Badawi juga harus dipuji dan perlu dicontohi oleh semua pihak. Terutamannya didalam parti komponen MIC yang mewakili kaum minoriti India.
MCA yang diterajui oleh YB Dato Ong Ka Ting juga harus dicontohi dan diteladani. Keputusan YB Dato Seri Ong Ka Ting yang menarik diri dari bertanding jawatan presiden juga merupakan satu contoh yang harus dipuji. Manefesto UMNO dan MCA yang inginkan perubahan dalaman adalah satu contoh yang harus dicontohi oleh MIC, kerana ini akan membuka peluang kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan pemimpim pemimpin mereka sebelumnya.

MIC harus sedar bahawa, generasi muda perlu diberi peluang dan mereka harus dilatih sebagai pemimpin pelapis yang akan mengantikan kepimpinan parti dan rakyat kaum India Malaysia khususnya. Kedegilan pemimpin MIC untuk berundur akan memburukkan lagi keadaan dan perkara ini akan membawa kepada kerugian didalam Barisan Nasional amnya dari segi sokongan dan perlaksanaan.

Masyarakat India Malaysia sudah bosan dengan manefesto MIC yang sudah ketinggalan dan lapuk dek zaman. Memang tidak dapat dinafikan, berlaku perpecahan dalaman masyarakat kaum India yang kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang tinggal dan sememangnya berasal dari bandar dan mereka yang berasal dari kawasan ladang (Estate) yang dipindahkan ke bandar setelah penghapusan ladang dilakukan demi pembangunan negara.

Mengulas mengenai masyarakat India yang berasal dari ladang ini, mereka mempunyai satu kaedah yang telah diwarisi turun temurun sejak zaman penjajahan. Pendudukan kaum India dari ladang ini amnya telah melalui kehidupan yang lebih selesa dan tidak pernah mengetahui bahawa adanya saingan yang mereka perlu hadapi setelah berpindah ke bandar. Kalau dulunya, sesebuah ladang akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat beribadat, sekolah, kemudahan perubatan dan api/air dengan percuma. Semua kemudahan ini akan ditanggung oleh pihak pengurusan ladang itu sendiri. Kehidupan mereka juga tidak perlu bersaing kerana mereka masih boleh berjiran dengan kaum yang sama dan berkongsi minat dan cara kehidupan yang sama. Mereka masih boleh mengadakan perayaan bersama masyarakat yang sama tanpa masaalah. Pengaliran wang poket yang minima dengan penjualan getah scrap cukup untuk menampung kos kehidupan harian. Malah mereka juga bebas bercucuk tanam ditanah lebihan dikawasan ladang untuk meringankan beban kos harian.

Berlainan pula keadaan apabila mereka harus berpindah dan terpaksa berjiran dengan kaum yang lain. Kehidupan berkumpulan terpaksa berpecah. Kini mereka harus berjiran dengan kaum yang lain. Mereka juga terpaksa korbankan beberapa keselesaan yang telah sebati dengan darah daging mereka. Kalau dulu di ladang, kedai Ah Chong menjadi sandaran dan masih relevan kerana beli barang dan bayar kemudian dengan mengisi buku 555. Pihak pengurusan ladang juga akan melakukan potongan gaji untuk pembayaran. Tetapi keadaan berbeza dikawasan bandar atau taman perumahan.

Apabila mereka tinggalkan kawasan ladang mereka harus melayari kehidupan berjiran dengan Ahmad dan Ah Meng. Kebebasan perlu dikorbankan. Wujud persaingan walaupun persaingan itu boleh dianggap sihat namun persediaan harus diberi penekanan. Kejutan atau "culture shock" yang terpaksa dialami oleh masyarakat kaum Indian ini harus ditangani. Kalau nak kesekolah pun perlu bayar duit tambang bas setidaknya. Kemudahan api dan air harus dibayar. Kalau perlukan pertolongan jiran, harus mempunyai etika dan pendekatan yang berbeza umpama dunia asing.

Pembangunan negara yang semakin maju mewujudkan persaingan yang amat ketara. Pengetahuan dunia IT perlu. Setiap apa yang dinikmati di dunia perladangan (estate) terpaksa dimiliki dengan cara yang berbeza apabila kita hidup dibandar. Keadaan sekolah menjadi berbeza dengan saingan dari kaum kaum lain. Kos kehidupan melangit. Keadaan yang berpanjangan ini menjadikan mereka buntu dan terpaksa mencari altenatif yang berbeza. Inilah salah satu sebab yang membawa belia kaum India terjerumus dalam kanca jenayah.

Siapa yang perlu bertanggung jawab didalam masalah ini? Persoalan siapa dan mengapa amat mudah di soal. Perlaksanaannya bukan semudah yang disangka. Namun pemimpin mewakili kaum minoriti ini harus memikul sebahagiaan daripada tanggungjawab ini. Memang tidak dapat disangkal bahawa MIC sebagai parti yang mewakili dan memperjuangkan kaum India telah melakukan seberapa yang perlu dan seberapa yang boleh. Nampaknya perubahan yang diharap masih ditahap yang membimbangkan. Masyarakat India perlukan lonjakan yang ketara dan pengharapan mereka semakin pudar apabila ada diantara mereka yang putus asa dan hilang konfiden dengan pemimpin yang ada sekarang.

Keadaan ini membawa kepada peralihan tumpuan dan peralihan sokongan terhadap pemimpin yang baru yang menjanjikan harapan. Inilah yang berlaku apabila sebahagian besar masyarakat India memilih untuk beralih dari MIC dan memberi sokongan kepada mendiang YB MG Pandithan yang menubuhkan IPF (Indian Progresive Front) dengan harapan mendapat tiupan harapan baru. Usaha beliau juga berkecai apabila IPF tidak diterima sebagai komponen BN kerana tidak dipersetujui oleh MIC sendiri. Keadaan ini mejadi semakin tertekan sehingga ada diantara masyarakat India yang mula mencari sinar harapan baru dengan menyertai DAP, GERAKAN, PPP dan kini HINDRAF.

Harus disedari dalam pergelutan masyarakat kaum Indian ini, pembelaan yang lebih "progresive" diperlukan. Usaha parti yang mewakili kaum India sekarang harus digandakan atau dipelbagaikan. Pemimpin harus sedar dan mencontohi MCA dan UMNO supaya perubahan ini akan membendung sedikit sebanyak harapan. Tanpa perubahan ini kerajaan akan hilang kepercayaan kaum minoriti ini. Soalnya bilakah pemimpin MIC yang telah menerajui MIC selama 30tahun akan memberi laluan kepada barisan keduanya. Sampai kini seperti yang sedia maklum, masih tiada apa apa tanda atau "clue" yang memungkinkan pemimpin ini akan berundur. Kerajaan BN harus sedar dan memahami bahawa kesuntukan masa untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat minoriti ini akan membawa kepada kehilangan sokongan yang merugikan.
Sekian
lvbala

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...