Friday, October 3, 2008

Konsert Amal Jamal Abdillah & Saleem RTM~02/10/98

Dah lama cerita mengenai fahaman politik, hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai dunia hiburan kita. Oleh kerana hampir semua orang berada dalam suasana Hari Raya, maka kuranglah suasana blogging. Saya pun memang berada dalam mood cuti Hari Raya. Tetapi bukan bercuti, kerana apabila kawan kawan muslim kita pulang bercuti kekampung maka rakan rakan bukan melayu kebanyakannya akan berkerja. Saya pun berkerja mengantikan rakan dan anak buah saya yang bercuti. Nanti tiba pula hari Deepavali dimana rakan rakan melayu pula akan mengantikan untuk rakan mereka yang akan menyambut Deepavali. Begitulah seterusnya suasana ini akan berulangan pada hari hari kebesaran yanag lain seperti tahun baru cina dan juga krismas. Inilah suasana Malaysia yang sudah sebati dengan cara masyarakat Malaysia dan budaya kepelbagaian.

Dalam menyambut hari lembaran ini, dapat juga saya mengambil kesempatan dan meluangkan masa untuk berhadapan kaca TV yang penuh dengan rancangan rancangan yang amat menarik. Dari drama, konsert dan pelbagai rancangan lain yang sungguh berwarna warni. Diantaranya yang sungguh menarik dan menjadi klasik adalah konsert amal kasih dari Jamal Abdillah dan Saleem yang ditayang di RTM malam tadi. Memang kedua duanya artis ini adalah pujaan saya dan lagu lagu mereka sering menjadi siulan saya sejak diusia muda lagi. Saya mula mengenali lagu-lagu Jamal sejak beliau memenangi Bintang RTM tahun 1979. Dengan pakaian serba putih dan dendangan lagu senandung semalam yang dinyanyikan beliau memang menjadi pujaan saya sejak diperkenalkan dalam album kumpulan Aleycats pada masa itu.
Begitu juga dengan Saleem, penyanyi kumpulan Iklim yang tak perlu saya perkenalkan dengan lagu lagu yang mengusik jiwa. Bermula dengan lagu "Suci Dalam Debu" sehinggalah yang terbaru "Trilogi Cinta Segi Tiga".

Memang tidak boleh dinafikan kedua artist ini memang telah menjadi pujaan ramai dengan lagu lagu dan suara mereka yang begitu lunak dan mengancam. Kalau berkaraoke, tak pernah saya melepaskan peluang menyanyikan satu dua lagu mereka walaupun suara saya tak seberapa tetapi memang puas lepas geram setidaknya.

Konsert malam tadi yang menampilkan Jamal dan Saleem ini memang menarik minat ramai penonton. Diantara penonton yang tersebut ialah Yang Berbahagia Tun dan isterinya. Tak lupa juga artis undangan yang begitu hebat seperti Man kidal, Datok Ahmad Nawab, Ito dari The Blues gang, dan beberapa penyanyi baru. Memang hebat yu... lentuk dibuatnya. Terkenang juga masa saya bersekolah dulu, usik mengusik awek melayu. Tapi selalunya tak dapat dan tak menjadi. Mungkin kulit hitam saya ni tak diminati orang agaknya. Saya juga mula belajar bermain gitar dengan lagu-lagu melayu. Dengan tunjuk ajar rakan rakan semuanya memang menjadi mudah dan mengeratkan silaturahim antara kaum di Malaysia.

Balik kepada cerita Jamal dan Saleem ini, memang agar menyedihkan kedua duanya penyanyi pujaan saya pernah menjadi penguni Kolej Pengasih. Biarpun kedua duanya pernah digam RTM kerana mendapat kelulusan doktor untuk diri sendiri namun kehebatan mereka memang tidak ada tolok bandingan. Mereka memang bakal digelar lagenda atau evergreen forever. Peminat memang tidak dapat lari dari belenggu pekena tarikan kemerduan lagu mereka.
Kelunakan lagenda sexa-phone (tak pasti dengan ejaan) kita Datuk Ahmad Nawab juga tidak kurang hebatnya. Tiupan sexa-phone beliau memang menyentuh jiwa dan mengancam serta lagu lagu ciptaan beliau juga pernah membawa ramai artis ke puncak kegemilangan. Dari zaman Dato Sharifah Aini hinggalah ke sekarang, lagu ciptaan beliau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Begitu juga dengan pemain gitar yang terulung Malaysia Man Kidal yang pernah mengegarkan dunia musik rock kita bersama kumpulan lefthanded. Walaupun ramai pemain gitar cuba menyaingi beliau seperti Hillary dan Kid namun Man Kidal sering membuktikan beliau mempunyai kelas yang tersendiri. Persembahan jamming beliau bersama Datuk Ahmad Nawab malam tadi membuat saya hilang ngantuk. Terasa kombinasi petikan gitar Man Kidal bersama tiupan sexa-phone Datuk Ahmad Nawab lebih hebat daripada masakan udang bersama sambal petai kegemaran saya.

Ramai lagi artis Malaysia yang menjadi pujaan saya sehingga masa kini, diantaranya Papa Rock Malaysia Ramli Sharif. Kepada semua pembaca, bila ada masa nanti pasti saya akan bercerita mengenai papa rock kita. Saya mula mengenali beliau sejak/semasa beliau terkenal dengan lagu "Jangan Tunggu Lama Lama" bersama kumpulan Sweet Charity. Begitu juga dengan lagu lagu dakwah beliau sering menjadi pedoman dan pesanan disanubari saya.

Untuk pembaca sekalian, sekian dulu untuk masa kini dan saya doakan semoga penyanyi pujaan saya/kita ini dipanjangkan umur dan senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga lagu lagu mereka dan jasa mereka dalam dunia seni dapat diteruskan ke generasi masa kini.
Sekian,
lvbala

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...