Friday, October 31, 2008

MALAYSIA…. Tanah Tumpahnya Darahku

Malaysia….Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Barisan pertama dalam lagu kebangsaan memang sebati dalam setiap warganegara Malaysia. Sebagai sebuah negara yang sering menjadi contoh pada mata dunia negara Malaysia juga memang dianggap unik dari segi perpaduan, tradisi, bahasa dan keindahan budaya yang pelbagai. Perpaduan ini juga dilambangkan dalam jalur gemilang kita yang mewakili warna biru. Memang tidak dapat diragui bahawa Malaysia mempunyai satu keindahan pelangi yang diwarnai pelbagai warna bangsa dan budaya.. Kepelbagaian inilah yang menjadikan kita sebagai satu komuniti yang dipandang tinggi dan dihormati dimata dunia.

Sejak mencapai kemerdekaan selama 51 tahun yang lalu negara kita telah melalui pencapaian yang amat ketara dari segi ekonomi dan pemodenan membanggakan. Selama 51 tahun ini negara Malaysia telah membuktikan bahawa sistem yang dipraktikkan berkesan dan telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Terbukti bapa pemodenan Tun Mahathir telah membawa Malaysia kemata dunia sebagai sebuah negara yang boleh maju walaupun mempunyai pelbagaian perbezaan etnik yang besar.

Namun keputusan pilihanraya yang dua belas 12 pada 8 hb Mac, 2008 telah menunjukkan tanda tanda bahawa sesuatu pembaharuan perlu dilakukan dan sistem yang dipraktikan selama ini perlu disesuaikan dengan peredaran masa kini. Persoalannya ini perlu dilihat serious oleh kerajaan kerana bibit bibit ketidakpuas hatian rakyat mula diluahkan tanpa mengira bangsa. Negara Malaysia yang dibina diatas landasan tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India ini perlu melihat apakah pendekatan praktikal yang perlu dilakukan demi mengikis suara suara yang semakin sumbang mempersoalkan dasar dasar yang selama ini menjadi teras perpaduan negara. Persoalan persoalan yang mengungkit, persoalan siapa tuan, persoalan pendatang dan sosial kontrak semakin lantang dipersoalkan.

Jelasnya semua persoalan yang dipertikaikan pasti membawa kepada tuduh menuduh antara satu sama lain. Dan yang menjadi persoalan yang serious apabila segala rasa tidakpuas hati dan tuduh menuduh ini mewarnai persoalan perkauman.

Kalau kita melihat pada dunia dimasa kini, soal perkauman adalah perkara yang amat membimbangkan. Memang terbukti bahawa apabila persoalan perkauman ini ditimbulkan, tiada siapa yang akan menang dan tiada siapa yang akan kalah atau mengaku kalah. Isu perkauman adalah sesuatu yang tidak boleh membawa kompromi dan harus dikendali dengan cara yang tersendiri. Negara kita memang sudah terkenal didunia sebagai sebuah negara yang berjaya membawa keharmonian antara kaum. Segala yang dilakukan selama ini telah membuktikan bahawa konsep yang dipraktikkan oleh negara kita telah berjaya membawa pada kesejahteraan. Namun seperti yang saya sebutkan sebelum ini konsep ini semakin goyah dan harus diperbaharui.

Sudah tiba masanya, negara kita mengkaji dan mencari jawapan penyelesaian kepada persoalan persoalan yang ditimbulkan dan mencari cara penyelesaian yang praktikal dan bukan lagi cuba menutup mulut dengan jawapan “tidak boleh dipersoalkan”, “hak” atau “konstitusi”. Kerajaan tidak boleh lagi menutup mulut mereka dengan jawapan “jangan timbulkan” atau “jangan mencabar”. Sebagai seorang manusia pasti banyak persoalan akan disoalkan dan sebagai manusia juga penjelasan amat penting dan bukan cuba menutup mulut dengan cara ugutan.

Pada asasnya, kenapa persoalan ini timbul selepas 51 tahun merdeka? Kenapa selama ini segalanya boleh diterima dan kenapa baru kini timbul pelbagai persoalan yang mengaitkan perkauman. Dalam konteks Malaysia, asasnya persoalan ini persoalkan adalah kerana wujudnya jurang perbezaan ekonomi. Apabila seseorang tertekan dengan sesuatu masaalah, maka ia akan mengujudkan suasana menunding jari antara satu sama lain.

Berlainan pula pada mereka yang sudah mencapai tahap ekonomi yang selesa dan menikmati kemudahan yang sedia ada. Mereka akan mempertahankan sistem yang ada kerana kelebihannya dan takut akan kehilangan kelebihan ini.

Walaupun apa yang saya katakan ini tidak akan dipersetujui namun pada hakikatnya inilah kenyataan yang perlu didukung oleh pihak yang memerintah. Kerajaan sekarang perlu melihat bahawa satu keserasian dan satu sistem kesamarataan perlu diwujudkan bagi membolehkan semua kaum dapat menikmati suasana ekonomi yang progresif. Peluang yang lebih luas perlu diwujudkan dan pembahagian kek ekonomi yang sedia ada perlu diperbesarkan seperti sistem kuota untuk bukan melayu harus dikaji semula. Ini tidak bermakna kek ekonomi orang melayu diperkecilkan tetapi satu sistem yang lebih terbuka harus dipraktikkan.

Selain dari yang disebut diatas, satu garis panduan harus dilaksanakan seperti kurangkan atau selidik dahulu sebelum golongan bijak pandai atau orang politik membuat kenyataan mengenai agama dan fahaman bangsa lain di Malaysia. Jangan pandai berkata semata mata untuk mencari populariti. Selidik sebelum megeluarkan kenyataan membabitkan bangsa lain di Malaysia. Isu sensetif bukan untuk orang melayu sahaja tetapi harus dilihat dari sudut bangsa lain yang juga peka dan sensetif seperti orang melayu.

Pengujudan universiti untuk pelajar melayu sahaja harus dikaji semula. Kalau sistem ini dilaksanakan juga demi memajukan pelajar melayu, satu kaedah yang serasi harus dilakukan untuk pelajar bukan melayu. Kalau perlu diwujudkan atau menambah universiti untuk pelajar melayu, demi kemajuan pelajar melayu adalah sesuatu yang boleh digalakkan tetapi penghapusan sistem kuota dalam universiti yang sedia ada perlu dilaksanakan. Penghapusan sistem kuota pengambilan pelajar bukan melayu dalam MRSM juga perlu dikaji semula. Dengan pengolahan sistem ini pasti akan direstui atau akan dipersetujui. Namun terlebih dahulu sistem ini perlu dikaji pada keseluruhannya dari segi AUKU 1970. Persoalannya perlukah diwujudkan satu universiti yang dikhaskan untuk pelajar melayu yang tidak mengalakkan persaingan? Bagaimanakah pengujudan universiti yang dikhaskan untuk pelajar melayu sahaja boleh mengujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum?

Antara yang menarik dalam berita Berita Harian pada tarikh 29hb. Oktober, 2008 ialah kenyataan seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam UKM ~ Yoga mempunyai gabungan unsur keagamaan hindu yang boleh merapatkan manusia kepada tuhan (Hindu). Berasal 3,300 tahun sebelum masehi yang boleh melambatkan penuaan, mengurangkan resiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan dengan jantung. Jika dipraktis oleh orang yang beragama Islam boleh memesongkan akidah orang Islam sendiri. Adakah ini benar? Atau hanya satu kenyataan yang membuta tuli yang boleh merengangkan perpaduan kaum? Kenyataan diatas memang sesuatu yang tidak boleh diterima akal kerana YOGA dipraktiskan demi kesejahteraan jasmani. YOGA adalah satu pergerakkan jasmani yang juga telah dipraktiskan oleh semua lapisan masyarakat bangsa dunia tanpa prejudis dan terbukti berkesan. Seeloknya pensyarah tersebut harus mengkaji dan mengadakan dialog dengan mereka yang arif dengan YOGA dan bukan membuat kenyataan yang dianggap betul oleh beliau sendiri atau selepas mengadakan perbincangan dikalangan kelompok sendiri.

Sama seperti bertakafur (meditasi) yang juga berasal dari unsur keagamaan hindu. Tidak ada unsur keagamaan yang perlu dirisau kerana niat dihati lebih penting. Perkara ini harus dinilai sama seperti penderma darah dan perdermaan organ manusia kepada manusia lain walaupun berasal dari keturunan dan agama yang berlainan.

Pengakuan pemangku ketua pengarah dewan bahasa dan pustaka mengenai artikel 153 pengunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan harus dinilai kesensetifannya. Penambahan pengunaan bahasa tanda jalanraya oleh kerajaan DAP penang ini cuma tambahan dan bukan menghapusan yang melambangkan Malaysia. Artikel 153 menjelaskan dengan jelas bahawa pengunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan perlu dikekalkan dan dihormati. Penambahan bahasa lain tidak dihalang dengan syarat bahasa Malaysia didahulukan dan diutamakan. Jika ini menjadi persoalan, apakah bahasa inggeris yang diBahasa Malaysiakan tidak melanggari peraturan artikel 153?

Banyak lagi perkara perkara yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia perlu dilihat dengan minda yang luas dan bukan dengan konsep yang menyempit. Segala kenyataan oleh bijak pandai harus dinilai dengan pandangan ke Malaysiaan dan bukan hanya mementingkan satu kaum dan menyumbang pada sebelah pihak sahaja.

Sebelum saya mengakhiri blog hari ini saya juga tertarik dengan berita sensasi mengenai penangguhan pembelian helicopter (Eurocopter EC-725) mengantikan perhikmatan NURI. Saya rasa pembelian eurocopter EC-725 perlu dilaksanakan sekurang kurangnya separuh dari pembelian asal 12 buah ~ RM1.67 bilion) Ini kerana perhikmatan helikopter perlu memandangkan keperluannya demi pengunaanya untuk kemanusiaan seperti banjir dan penerbangan ehsan amat diperlukan khususnya kerana bentuk muka bumi dan cuaca.

Sekian,
lvbala

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...