Monday, July 27, 2009

Chedet ~ Tun / Kaki Dalam Kasut

Tun,

Tun, Saya amat menyanjungi perjuangan dan pengorbanan Tun selama ini demi tanah air tercinta dan pembangunan rakyat dan negara ini.

Namun, benarkanlah saya berkongsi pendapat dan pandangan saya sebagai seorang bukan melayu di negara ini, yang menganggap pendapat Tun dalam blog Tun adalah tidak tepat.

Mungkin apa yang saya utarakan ini tidak tepat namun dengan usia dan pengalaman saya bersama sama membesar dan berkongsi apa yang ada, saya rasa apa yang TUN utarakan didalam blog Tun tidak menepati mesej yang sebenar. Sebaliknya nukilan TUN hanya menyemarakan api perkauman yang semakin parah.

Tun,

1) Tun tidak sepatutnya mempersoalkan pemberian kerakyataan kepada bukan melayu, kerana pemberian sejuta kerakyatan kepada bukan melayu bukan percuma tetapi untuk mengecapi satu keagungan kemerdekaaan yang diimpikan bersama.

2) Kemajuan yang dicapai oleh bukan melayu bukannya datang dari peluang yang diwujudkan oleh kerajaan sepenuhnya. Namun dengan peratusan kecil yang diberi, bukan melayu mencapai kejayaan diatas usaha dan semangat untuk bersaing dan berjaya. Apakah kaum bukan Melayu ini perlu dipersalahkan atas kegagalan orang melayu?

3) Orang melayu bukannya tidak diberi peluang, tetapi peluang yang diberi telah disalah gunakan atau tidak digunakan langsung atau dengan lebih tepat lagi tidak dimanafaatkan. Oleh yang demikian kenapa perlu orang bukan Melayu yang dimangsakan kerana kegagalan orang Melayu mencapai peratus kejayaan yang dikehendaki?

4) Kejayaan bukan melayu bukannya datang bergolek. Contohnya orang cina, bagaimana orang cina berjaya dengan membuka restoran ynag hanya boleh dikunjungi oleh orang cina minoriti mereka. Sedangkan orang melayu gagal dalam perniagaan yang sama yang dibuka untuk majorti orang melayu dan bangsa lain, namun masih gagal. Apakah ini suatu kegagalan yang perlu ditunding jari pada kaum bukan Melayu?

5) Apakah ini satu tren untuk menunding jari pada kaum lain apabila kaum sendiri gagal? Benarkah kaum melayu gagal kerana kaum lain maju walaupun telah dihidang pelbagai peluang?

6) Sampai bila lagi sendiwara perkauman yang dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan akan diteruskan, sedangkan segala usaha dan peluang telah disajikan?

7) Kerakyatan yang diberi hanya sekali pada sejuta seperti yang dipersetujui oleh bijak pandai sebelum Tun. Janganlah Tun memperbodohkan keputusan yang telah dibuat lebih 50 tahun dahulu kerana keputusan pemimpin inilah yang memberi peluang pada Tun untuk menjadi PM seterusnya.

8) Orang bukan melayu yang ada sekarang adalah produk dari sejuta bukan melayu yang diberi kerakyatan. Bukan kerakyatan yang baru pada generasi yang baru, jadi kenapa sejuta yang diberi 50 tahun dahulu masih dipersoalkan. Tun, apakah ada niat yang tersirat disebalik atau hanya alasan kerana orang Melayu gagal berjaya.

9) Tun, DEB (Dasar Ekonomi Baru) seperti yang TUN sendiri maklum hanya diwujudkan untuk sementara atas dasar memajukan orang melayu dan tiada perjanjian tetapi dipersetujui oleh bukan melayu atas dasar jangan biarkan kawan melayu tertinggal dibelakang. Tetapi kini DEB sudah menjadi bagai hak orang melayu yang tidak boleh dipertikaikan dan dijadikan isu perkauman yang mengugut kaum lain.

10) Orang bukan melayu bukan meminta hak orang melayu, tetapi meminta hak mereka sebagai rakyat. Orang bukan Melayu cuma ingin dilayan sebagai rakyat biasa tanpa dibendung sistem quota.

11) Pada dasarnya, Tun yang melebelkan orang melayu sebagai mudah lupa, malas dan sebagainya. Jadi, apabila diketahui kelemahan ini kenapa tidak diperbetulkan sebaliknya dimanjakan? Adilkah kaum bukan Melayu yang dipersalahkan diatas kegagalan orang Melayu yang Tun sendiri tuduh sebagai pemalas? Kalau dilihat dari sudut prespek yang lain, saya rasa orang Melayu bukanlah satu sepsis yang malas tetapi telah merasa selesa diatas kemanjaan yang diberi kerajaan. Tiada persaingan. Samalah seperti anak kita yang dimanja lebih dengan anak yang dididik supaya berdikari.

12) Bagaimana orang Melayu dinegara asing boleh berjaya, tetapi gagal dinegara sendiri? Orang India dinegara lain seperti Kanada, Amerika, England juga boleh berjaya, berbanding dinegara India sendiri? Sama juga dengan orang cina. Walaupun orang cina dianggap berjaya diluar negara namun peratus kemiskinan dinegara China sendiri masih rendah. Kenapa tidak bijak pandai seperti TUN tidak mengkaji formula ini?

14) Sedangkan orang Bangladesh, orang Indonesia, orang Veitnam, orang Pakistan, orang India yang datang kenegara ini boleh berjaya tetapi orang melayu sendiri boleh gagal? Kejayaan seseorang individu bergantung pada ketekunan dan kesediaan untuk berusaha.

15) Kenapa orang melayu yang rendah pendapatan tidak mengambil kesempatan peluang kerja yang ada? Contohnya kerja kerja yang dilakukan oleh orang Bangla, India dan bangsa lain dibidang perladangan, pertanian, buruh kasar? Bukankah ini juga satu peluang yang dihidang dinegara sendiri? Kalau dilabel orang melayu sebagai malas amat lah tidak tepat kerana mereka terkenal sebagai petani yang rajin. Seorang peladang yang tekun

Saya rasa cukuplah setakat ini. Tokoh tokoh seperti Tun sepatutnya janganlah putarbelitkan fakta dan mengujudkan ketegangan antara kaum. Mengeruhkan keadaan tidak akan membawa pada manafaat kepada sesiapa. Tiada siapa yang akan untung. Tetapi Negara akan mengalami kerugian.

Sepatutnya tokoh seperti Tun harus pandai menghalusi nilai perkauman yang sensetif dan memainkan peranan untuk mengujudkan keharmonian dan kesejahteraan. Bukan menambah kebencian antara satu sama lain.

Tun harus memainkan peranan sebagai tokoh yang menyatukan rakyat Malaysia supaya bersatu mendukung pepatah melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Mohon maaf jika ada sebarang kata yang menyinggung. Tujuan komen ini adalah untuk membina dan bukan untuk menghancurkan. Segala komen dialu alukan demi membina Negara yang diidamkan.

Janganlah saya dicap racist bukan Melayu oleh racist Melayu seperti Tun.

Sekian.
lvbala

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...