Monday, May 31, 2021

Perbezaan Yang Menyatukan Kita...

Apabila kita menampakkan perbezaan kita diantara satu sama lain, maka dengan tersendirinya kita menonjolkan pengasingkan diri dan menjauhkan mereka yang tidak sealiran dengan kita.

Dengan penonjolan pengasingan kita ini, kita dengan tersendirinya menanam retak perbezaan antara satu sama lain.

Hari ini saya dengan selesanya ingin menonjolkan bahawa perbezaan yang membentuk pengasingan yang kita bina ini akan menjadi satu permulaan untuk pengakhiran kesejahteraan yang terbina selama ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang berlatar belakangkan perbezaan, kita pernah membuktikan pada kaca mata dunia bahawa perbezaan inilah yang telah mengukuhkan pertalian kita.

Dengan perbezaan ini juga, kita telah membina satu mercu tanda yang melambangkan Malaysia yang bersatu dan makmur.

Perbezaan ini juga telah menjadi satu contoh kepada mereka mereka yang mencintai kedamaian dan keamanan.

Maka dengan perbezaan ini juga kita berjaya memupuk keharmonian sebagai negara berakyat majmuk dari berbilang kaum.

Ada juga kajian menunjukkan kemajuan ini adalah kerena perbezaan yang mengujudkan persaingan sihat antara kita.

Sehingga kini, kita masih lagi dihormati dan disanjung sebagai negara yang berjaya maju walaupun sentiasa berhadapan dengan perbezaan antara satu sama lain.

Perbezaan budaya, agama, tradisi dan cara hidup kita dinegara ini sebenarnya telah membawa kepada kemajuan dan kemakmuran serta keharmionian yang disanjung.

Namun, setelah sekian lama, perbezaan ini telah dipergunakan oleh mereka yang mementingkan diri demi wang dan pangkat. 

Mereka mereka yang mengunakan teori, "split and rule", "divide and gain the position" nampaknya semakin berjaya dengan melihat keputusan kejayaan segelintir mereka ynag mementingkan diri. 

Berbalik kepada perbezaan yang menyatukan kita...

1. Makanan dan minuman orang Malaysia sememangnya unik. Orang Melayu boleh buat nasi ayam orang cina dengan rasa yang hamir serupa. 

2. Minuman Lan Chi Kang asalnya dari kaum cina namun memang popular dari kalangan orang Melayu.

3. Mee curry - Mee asal makanan orang cina, Curry asalnya dari kaum Indian, bila dicampur... menjadi Makana negara kita yang popular.

4. Kuih muih kita kalau dilihat waktu bulan ramadan di pasar ramadan sememangnya unik. Memang variasi pilihan begitu banyak dan unsur unsur keMalaysiaan memang wujud dengan jelas.

5. Pakaian orang orang kira.... saya rasa semua sedar bahawa keunikan ini tidak perlu disebut kerana kita orang Malaysia memang mempunyai pilihan begitu banyak dari sego kian itu sendir seperti kain sari dan kan congsam cina atau batik melatu dan balik halus Trengganu. 

Akan tetapi, semua ini sedang menuju kearah kepupusan kerana adanya golongan yang mahukan rakyat berpecah
 
Mereka sengaja mengujutkan dan pertengahkan perbezaan kita supaya perbezaan ini dapat digunakan untuk kepentingan mereka.

Mereka mengunakan agama sebagai alat utk memerangkap kesetiaan perkauman dinegara ini. Hanya mereka yang alpha yang terperangkap dengan jerangkap ini.

Walaupun masih ada kesedaran dan perasaan majmuk dikalangan rakyat negara ini, namun perbezaan agama dikaitkan dengan perbezaan bangsa serta warna kulit sebagai alat untuk memisahkan kita.

Apa yang saya tulis diatas hanyalah perbezaan yang dapat dilihat dianjung sahaja. Namun keadaan i boleh membawa kita kepada kemusnahan menyeluruh.

Contoh terbaik dapat dilihat bagaimana pergerakan Nazi menghapuskan yahudi dengan alasan mereka merampas kekayaan dan peluang orang Jerman. 

Alasan ini digunakan untuk membunuh serta menghapuskan mereka dari muka bumi.

Kita rakyat Malaysia harus belajar menjadi "Human with Humanity" supaya keharmonian dan kejayaan negara ini dapat dikekal selamanya.

Kita harus akui, dengan perbezaan ini lah kita dapat mencapai perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan selama ini.

Cukup kah setakat ini atau kita saja nak gatal tangan mahu semahunya menghancurkan apa yang telah kita bina sendiri???

 
All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...