Thursday, July 16, 2015

Truly Malaysian - Selamat Hari Raya

Selamat sejahtera dan Salam Aidil Fitri kepada semua rakan yang beraga Islam.
Dalam menyambut hari yang mulia ini, marilah kita sama sama menghayati apakah sebenarnya Negara Malaysian yang kita idamkan.
"Orang merayakan dan kita meraihkan", ini kata kata hikmah yang masih saya ingat sejak zaman persekolahan di 70 an dan 80 an. Kata kata ini boleh diguna pakai untuk semua perayaan di Malaysian dan sedia terbukti kemesraan dan terbukti penerapan nilai nilai Malaysia sejati.
Akan tetapi, pada hakikatnya, adakah ini benar atau hanya setakat kata pujangga yang hanya sedap didengar? Mungkin ada dikalangan yang masih menyalahkan perubahan zaman dan perubahan masa. 
Tuan tuan dan puan puan, Masa tidak pernah berubah. Bulan, matahari, angin, tanah dan api tidak berubah, tetapi manusia yang berubah dan mengubah corak kehidupan berpandukan peredaran masa, kononnya.
Dan apakah perubahan ini sesuai untuk di terap dalam kemajuan pembangunan negara tanpa menganggu keharmonian perlbagai kaum di Malaysia?
Saya amat tertarik dengan kenyataan yang di tulis pengarang Malaysian Insider yang menyentuh beberapa perkara yang perlu diingat dan dihargai oleh semua kaum di Malaysia. Tidak ada sesiapa yang lebih atau kurang dari yang lain. Kita sama dan semuanya sama. Kita harus menghormati anatara satu sama lain dan berterima kasih atas kemakmuran negara kita.
Keratan Malaysian Insiders;
Walaupun sering kali kita dengar bahawa penerapan nilai Islam itu hanya tertakluk kepada penganut agama Islam sahaja tetapi terlalu banyak kes yang didapati ada pegawai atau kakitangan kerajaan Melayu menyalahgunakan keistimewaan itu dengan turut cuba menerapkannya kepada masyarakat bukan Islam.
Di sinilah peranan yang seharusnya dimainkan pemimpin Umno yang berada dalam kerajaan supaya terus berpegang bahawa penerapan nilai Islam yang keterlaluan kepada rakyat di Malaysia tidak akan dapat membawa Malaysia terus maju ke hadapan.
Apa yang dilihat kini, umat Islam di Malaysia seakan cuba meniru apa yang ada di negara Arab sedangkan budaya di negara Asia Barat yang keras dan konservatif amat berbeza dengan nilai Islam di Nusantara yang lembut dan bertolak ansur seperti yang Malaysia kecapi sebelum ini.
Jangan sekali-kali orang Melayu di Malaysia lupa kejayaan dan kemajuan yang dikecapi selama ini adalah hasil tolak ansur daripada segi agama, budaya serta kaum dan kita tidak akan dikenali seperti yang dinikmati sekarang ini, jika hanya orang Melayu sahaja tinggal di bumi Malaysia ini... 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/aidilfitri-terus-disambut-meriah-namun-perpaduan-kaum-malaysia-semakin-mero#sthash.0xpJWOHl.dpuf

All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...