Thursday, June 19, 2008

Samy Vellu ~ "Bodoh banggang..", "Bodoh Sombong..", "Pekak Badak..", "Tak reti Bahasa.."...

"Bodoh banggang..", "Bodoh Sombong..", "Pekak Badak..", "Tak reti Bahasa.."...

Inilah antara peribahasa yang perlu diberi perhatian oleh DS Samy (DSSV). Budak lepasan Anderson High School Perak ini memang antara rakyat Malaysia yang mempermainkan dan mempertaruhkan bangsa dan agama untuk kepentingan diri dan kaum kroninya. Segala apa yang diperjuangkan DSSV kini hanyalah satu jenaka yang menambah keperitan politik Malaysia dan bangsa INDIA di Malaysia. Martabat bangsa INDIA di Malaysia di mata orang lain sudah sampai ketahap yang meruncingkan. Tiada lagi BISA sengat perjuangan orang INDIA di Malaysia lagi. Kenapa? Mengapa ini boleh terjadi?

Persoalan yang harus di ambil kira pelayaran setiap ahli MIC yang kini sudah karam bersama pemimpinnya. Kenapa DSSV masih bodoh lagi? Kenapa DSSV ingin menegakkan benang yang basah. Susah sangat kah nak faham bahawa beliu telah ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia. Masyarakat Malaysia khususnya dari semua kaum telah menolak beliau. Kini DSSV bukan lagi wakil rakyat yang dipilih mewakili rakyat. Tapi kenapa si Samy masih ingin memperjuangkan nasib orang INDIA sedangkan dia sendiri sudah "mampus" ~ lemas dalam arus politik Malaysia. Peralihan kuasa harus dilakukan dalam MIC. Kalau kawan kita UMNO dah sibuk dengan peralihan kuasa hanya kerana BN tidak mendapat majoriti inikan pula hilanag jawatan dan kalah pertandingan, tetapi ayam singa tua yang tiada taring masih mengaum bahawa dialah raja hutan. Apa DSSV ingat masyarakat INDIA ini macam monyet di hutan.

Saya tak percaya masyarakat India Malaysia ketandusan wakil yang berwibawa. Saya percaya Malaysia kini mempunyai ramai intelektual dari kaum India yang lebih berkemampuan dan lebih arif. Malaysia telah melahirkan ramai bijak pandai dalam era millenium ini yang mampu memahami dan mengatasi segala masaalah kaum INDIA di Malaysia.

Tindakan DSSV yang tidak membenarkan IPF untuk menjadi rakan perjuangan BN diawal 90an, merupakan sebab pertama perpecahan kaum INDIA di Malaysia. IPF telah diwakili lebih 300 ribu ahli membuktikan sokongan kaum INDIA terhadap parti MIC sudah merosot dan tidak berbisa lagi. Tetapi tindakan DSSV ini disokong oleh BN yang di terajui TUN. Kalau dilihat dari sudut politik memanglah ini menjadi satu bahan ketawa parti parti lain. Dan keadaan pecah belah ini merupakan "Advantage" atau kelebihan kaum lain. Kalau lawan kita lemah, bermakna kita lebih kuat lah....

Baru baru ini saya terbaca blog CHE DET dari TUN. Saya merayu dalam rungan "commnent" pada TUN dua hari yang lepas supaya membuat komen tentang kaum INDIA di Malaysia kerana TUN pun ada darah INDIA dalam badannya. Saya ada menyeru pada beliau supaya "Say something about Indian...". Saya tidak pasti samada ini satu kebetulan bila TUN tulis mengenai DSSV dalam ruangan CHE DET TUN. Tapi komen TUN pun agak lucu jugak.... TUN tak puas hati dengan DSSV. Baru sekarang TUN sedar. Kaum INDIA Malaysia sudah arif dalam perkara ini lama dulu. Tapi apakan daya... pembaca sendiri nilaikan kalau nak tukar pemimpin bukan mudah seperti yang dijangka. Sedangkan nak tukar PAK LAH pun sampai nak keluar parti.

Kesedaran perjuangan DSSV yang tiada dasar dan hanya bermotifkan politik wang dan gangtersm telah melemahkan kaumnya sendiri sehingga HINDRAF muncul. Baru kini si DSSV sibuk nak minta itu dan ini dan di kutuk oleh anggota komponen sendiri. Bolehkan perjuangan ini mencapai matlamat...???

Kalau UMNO pun dah menyuarakan pemimpinnya di tukar kerana hilang majority kenapa DSSV masih sangka dia berkuasa walaupun sudah ditendang dari jawatan wakil rakyat dan menteri.

Hanya si bodoh dan banggang sahaja yang boleh mendengar Hikayat Samy Velu ni...

The Uneducated

2 comments:

lvbala said...

Indian Bros, please dont listen to MIC as they are trying to twist the the story for the benefit of them and their cronys.
Regards

Anonymous said...

Somebody should end his life before MIC dies....

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...