Friday, April 9, 2021

Political Maggot That Ride on Dog Shit

I didn't plan to write, and I dont know what I should touch on but I knew there are many topics that we can share.

Among those are those in politics. Why we should look into political issues and those who play play (main main) with politics?

Among those are those came from the family of nation leaders. And the same person has been the youngest YB once upon a time. With such experience, I believe he can be the one who can do better than his father.

But we could never understand when the same person stole so much money and together with his wife, they thought they can buy the world. but at the end the karmatic circle have take all away that was gathered illegally against the law of almighty.

This doesn't end where by his spouse lost all the diamonds that was own illegally by her. She lost her fake beauty, she lost respect and she is another witch lady in town I would say.

Another political maggot came from a humble beginning. But when he was given power as no 2 in the country, he admitted he was born in neighboring country. He made this statement in their national TV broadcast.

He claim he is immortal but at the end he is now in the mid of finding his own survival. More than 80 charges would just land him in deep shit of his own.

And the story goes to another converted who manage to out come the origin. Because the origin believes the converted convert because his heart was open to convert but in fact he convert because he saw so much money need protection under his care.

Can you just imagine, half a million in stack of cash in his house and he denies all allegation by telling the world that this is his political money. Can you see whats coming? A political donation money kept is cash in his house because his political party dont have bank account. Hehehehe..

Laugh and it is not enough, a man who was in charge of this department over billion RM paid  to purchase helicopter but even he shadow been seen. And the best part is, the engine of the fighter jet gone missing and found in Argentina. Can anyone beat this terror of Malaysian politicians? Surprisingly he is still there waiting for his turn to be the PM of Malaysia.

I feel above story would beat Mr Sardar Singh jokes.

With this I present the story of Hikayat Ketua Jabatan


Orang bergelar itu ternama dalam lapangannya. Jika disebut namanya pasti dikenal orang. Nama OB atau Orang Bergelar itu memang tak basah kepam dek hujan atau lekang diterik mentari.

OB selalu sebut-sebut yang Islam-Islam. Orang percaya OB sebab dia pernah naik haji tiga kali. Satu kali masa belum sunat, iaitu masa masih kanak-kanak lagi dibawa sama ke Mekah oleh ibu bapa. Baru darjah enam tatkala itu sudah dapat tengok Kaabah. Sungguh suci. Satu kali lagi lepas OB cukup tabungan, naik haji sebab nak bawakan isteri. Memang hebat. Kali ketiga OB naik haji ikut rombongan menteri. Dia bawa sama isteri kedua.

OB orang percaya, sebab dia suka main umrah. Takkanlah ulang alik cium Hajarul Aswad dan berguling dalam Hijir Ismail sambil tadah mulut nganga waktu hujan boleh buat begitu. Lagipun apa yang begitu? Buat apa, buat begitu, buat apa?

Makan rasuah? Hissy. Takkanlah kaki main umrah dan sudah tiga kali berhaji masih hulur tangan? Akan tetapi itulah, bak kata Ayob Khan Mydin Pitchay, ketua polis Johor;

“Duit rasuah pergi haji. Dia ambil rasuah banyak-banyak, RM3 ke RM4 juta setahun, dan tiap-tiap tahun dia pergi menunaikan haji. Lepas itu dia minta ampunlah. Balik, minta rasuah lagi. Tahun depan pergi haji lagi. Betul? Ada karakter macam itu, kan?”

Ayob menyatakan sedemikian dalam satu rancangan TV iaitu Agenda Awani bersama hos Nazri Kahar. Oleh sebab yang mengatakan ini adalah polis yang memang kompeten kerjanya maka kita tidak dapat menyangkal lagi.

Begitulah perangai OB. Naik umrah nganga rasuah, naik umrah lagi terngadah kembali. Begitu berulang-ulang. Kerja seleweng begitu susah orang nak percaya, sebab OB sangat dikenali dalam bidangnya. Kalau OB berucap dia akan seru-seru nama Nabi, bila sebut nama Nabi, OB terus rasa macam nak sujud atas sejadah masa itu juga.

OB pandai berpantun dan tulis puisi sufi. Dalam bait-bait sajak itu dia habis perasan dia Rumi. Bukan main dia bermadah perihal kemulusan agama, kesucian Yang Maha Esa, bahawa dunia memerlukan neraca. Bukan main.

Orang memang percaya OB. Lagipun anak sulungnya mengenakan niqab, walaupun nampak juga bayang-bayang tahi lalat pada puncak hidung. OB memang mustahil terima rasuah.

Akan tetapi ada satu yang orang awam tidak mengetahui. OB memang betul-betul kaki seleweng. Sekecil-kecil harta pejabat pun OB pusing jadi harta dia.

Isteri pertama OB buka kilang roti. Sebab, lepas kecewa OB berkahwin satu lagi, dia hanya memberi perhatian kepada roti. Ada roti john, ada roti Mary, ada roti Ah Seng, ada juga roti Letchumi. Pendek kata pelbagai jenis roti panjang pendek bulat lonjong ada inti tak ada inti ada punat kismis atau kosong lemak-lemak susu, ringkasnya macam-macam.

Bila isteri pertama itu uli tepung dia membayangkan OB yang dia uli. Itulah orang terpendem ekspresi, jangan buat main radikalnya.

Ceritanya OB ambil alat penghawa dingin milik pejabat dan pindahkannya ke kilang roti isteri. Itu sebab isteri pertama OB selalu panas sejak dia kahwin satu lagi. Justeru untuk beri kedinginan, OB hadiahkan penghawa dingin. Cuma alat penyejuk itu datangnya dari aset kerajaan.

Mula-mula orang yang dengar macam tak percaya. Oh My God, PU*# betul, takkanlah OB berperangai cha-masa, sedangkan dia selalu beri tazkirah Demi Masa. Itulah dia, bak kata Ayob; “lepas itu dia minta ampunlah”.

Akan tetapi yang terpaling tahu perangai OB ini tidak lain tidak bukan ialah drebarnya. Dia tahu metah perangai OB sebagai Ketua Jabatan. Drebar OB itu pun tidaklah senonoh sangat. Beginilah, inilah jenis manusia yang potong lalang kalau melalang, potong maman kalau tumbuh maman. Orang zaman ini bilang “play safe”.

Jika angin bertiup ke utara dia akan sembah China, jika badai menolak ke tenggara dia akan sembah Modi pula. Janji dia tidak pindah ke lain jabatan. Jadinya drebar OB ini punya hikayat begini:

Waktu Orang Bergelar atau OB hendak menikah satu lagi, dialah tukang sorong kenderaan membawakan bosnya ke tempat nikah kahwin. Pagi itu OB beritahu dia ada acara di nun satu tempat. Ada acara promosi harimau menangis. Macam biasa OB turun segak dengan baju Melayu yang sepersalinan.

Meskipun dalam hati drebar ada tersedik dia nampak tampan macam pencetus ummah tetapi drebar buat-buat biasa. Lagipun, memang selalukan OB melaram macam budak baru tercetus jerawat lapan biji. Kalau orang mengusik macam pengantin, OB akan pura-pura berastaga sambil melawak meraba-raba kocek sebalik kain sampinnya hendak mencari duit kecil.

Dasar hulur rasuah, makan rasuah. Sikit-sikit nak hulur.

OB beritahu acaranya itu sekian-sekian, melancarkan program demi bangsa dan agama katanya. Siap ada alamat diberi. Makin dekat tempat dituju, makin OB nampak gelisah. Kemudian OB suruh melencong. Drebar bilang kalau diikutkan Waze belok kanan, tetapi OB suruh belok kiri sebab Waze dicipta Yahudi.

OB suruh cari papan tanda seberang jalan dengan muka Sanusi. Jika dah jumpa muka Sanusi baru buat “u-turn”. Kemudian OB perintah drebar belok kiri, jalan terus, masuk simpang tiga, cari lorong kecil, rentas jalan besar, dan akhirnya tiba di sebuah masjid kampung yang kecil comel dan telah siap berkhemah terbentang depan laman.

OB turun malu-malu, ada kompang ada bunga manggar yang pelbagai warna itu, ada warna merah-merah bersatu dengan hijau-hijau Kubang Kerian duduk sekali tercucuk pada betik yang tampak tak sempat meranum sudah ditebuk.

Drebar bingung juga, tapi mungkin juga inilah acara umat yang dikatakan OB. Memang begitulah terkadang orang kampung menyambut orang-orang bergelar, terlebih-lebih sebab maklumlah dapat bantuan maka apa salahnya meneran. Akan tetapi lama kelamaan drebar makin perasan, ini bukan acara umat atau program bangsa. Ini adalah majlis nikah OB buat kali kedua.

Drebar rasa macam barua waktu itu. Macam Idan kata Udin bodoh, Udin balas Idan bangang. Itulah perasaan bongoknya tatkala itu. Drebar menyumpah-nyumpah binawe dalam hati, itulah cara dia mencegah kemungkaran yakni dengan hati. Padahal drebar boleh saja bergerak pergi dan tinggalkan OB di situ seorang diri. Pandailah dia nanti.

Akan tetapi drebar tetaplah perangai drebar. Siap dia berlagak macam rombongan menghantar, bila orang sendukkan nasi minyak lauk paha ayam merah, dia yang angkat pinggan atas paras dada menadah lima enam senduk siap memuji sedap-sedap. Drebar memasang telinga. Dia menangkap cerita Bidan Cik Kiah, yang pengantin perempuan baru 18 tahun, belum umur mengundi dah disunting lelaki berusia.

Drebar tahu itu salah, bahawa perkahwinan itu menggunakan kereta jabatan, iaitu kereta kerajaan. Kereta milik kerajaan itu milik pembayar cukai yang sah. Kereta dengan duit orang awam, kebertanggungjawaban kata kuliah mingguan unit integriti yang entah bila hendak ambil tindakan setelah orang membuat laporan.

Bukan sahaja kereta itu milik orang awam secara teorinya, duit minyak yang melincirkan kenderaan itu dan duit tol yang dibayar untuk majlis pernikahan itu adalah duit orang awam belaka. Drebar tahu itu salah. Drebar tahu itu boleh menjadi asbab masuk neraka. Drebar tahu itu menjadi punca nanti dia kena sesah dalam kubur.

Akan tetapi bak kata Ayob, “lepas itu dia minta ampunlah”.

OB naik kereta dengan budak muda itu siap memperkenalkan bini tersebut, siap bermadah Juwie dia; “doakan saya dapat anak mujtahid daripada sayang saya ini”. Allahu. Sebab drebar itu drebar dia pun bertakbir, Allahuakbar.

Orang tak berapa percaya kisah OB ini. Drebar tetaplah drebar, dia balik ke pejabat dia bercerita dengan peon dan kerani yang Ketua Jabatan kahwin satu lagi. Semua berkerumun macam jemaah haji melekap-lekap di Jabal Rahmah, mendengar cerita. Semua tercengang dan mulut ternganga.

Namun bila OB melangkah masuk memberi salam dengan muka berseri-seri sebab baru pulang bulan madu di Langkawi, sekian kerani peon dan drebar pun habis rasa jengkel. Masing-masing tetaplah sekian kerani peon dan drebar.

Mereka malah mengusik OB tampak gagah dan bau kolar baju Melayunya ada bau Makjun Pak Tani. OB pun gelak. Kerani peon dan drebar pun gelak. Sama-sama gelak ingkak. Yang kita kena gelak. Sebab orang di luar semua tidak percaya hikayat ini.

Manalah orang hendak percaya, OB naik haji tiga kali, dan main umrah berkali-kali. Sebagai Ketua Jabatan dia malah menggalak staf tinggal pejabat untuk sembahyang dhuha. Lagipun siapa mahu mendengar kisah rasuah seorang Ketua Jabatan. Mana ada kisah rasuah. Ini semua Mahathir buat hal.

Dan lagipun, salah Ketua Jabatan itu kecil-kecil saja, bukan sampai macam kartel boleh beli banglo, menimbun duit dan ada helikopter sebuah dua untuk jalan-jalan ke Langkawi bila serasa bosan duduk di kota.

Selamat terhibur...

All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...