Friday, May 3, 2019

TUN Dr Mahathir













Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata

Aku melihat anak bangsaku di kotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku di robek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan
Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu

Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang di buat tanpa rasa sebarang rasa berdosa
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku

Dengan sifat Rahman dan RahimMu
Pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih di kurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku
Syukur Alhamdullillah

Dengan izinMu aku telah berjaya mempertahankan yang Haq,
Menundukkan yang bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengann tenang
Semoga rohku dapat bertemu
PenciptaNya dengan aman
Cuma satu pintaku

Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Masyar
Moga jadi modal bertemu Yang khaliq
Amin Ya-Rabbal 'alamin.

Tun Dr.Mahathir Mohammad.


All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?

No comments:

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...