Saturday, October 10, 2009

Ikhlas Biar Bertempat

Lawatan keatas seorang pesakit tidak seharusnya dijadikan bahan gurauan politik. Ini menunjukkan betapa murahnya politik UMNO BN.

Begitu terdesaknya politik BN sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan wang ringgit. (Gambar kunjungan PM melawat Tok Guru Nik Aziz di rumah sakit)

Kalau perkara ini dipersendakan akan menjadi tren dimasa akan datang untuk mengambarkan kunjungan kematian dan perkahwinan sebagai pengukur untuk meraih sokongan rakyat dalm politik.

Pada GE12 Sharizat mengambarkan tanda kasih sayang pada orang tidak upaya dengan poster memeluk mereka yang terpampang di Bangsar dan Lembah Pantai namun padahnya diketahui beliau selepas pilihanraya.

Inikah nilai murni 1Malaysia yang digempar gempurkan oleh PM?

Inikah nilai sebenar keikhlasan pemimpin BN bila mengunjungi pesakit atau mangsa.
Perkara ini tiada bezakan seperti iklan iklan permainan media yang kononnya sering mengambarkan perpaduan antara kaum.

Gambaran ini juga menimbulkan rasa kurang senang dan ragu ragu dengan niat tersembunyi PM dan Isterinya terhadap konsep satu Malaysia. Timbul rasa sangsi dengan ketulusan satu Malaysia yang dilaung laungkan selama ini.

Inikah keikhlasan yang diperjuangkan oleh PM selama ini yang beria-ia mahu melakukan perubahan. Inikah keikhlasan yang mahu dipercontohi PM yang ingin mengikut langkah bapanya?

Biar ini menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak menerima kunjungan orang politik kerumah sakit.

Biar ini menjadi satu pengajaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pemimpin BN tidak ikhlas dalam kata kata dan perlakuan.

Biar ini menjadi pengukur sejauh mana benar kata janji manis yang ditabur pemimpin UMNO BN.

Biar gambar poster ini menjadi pengukur kepada ahli MMSP (Malaysia Makkal Sakti Party) yang dirasmikan PM hari ini. Semua ini hanyalah untuk tujuan politik dan meraih sokongan walau dengan apa cara sekali pun.
by,
lvbala

1 comment:

Anonymous said...

i don't know what to say this...fikirlah sendiri...

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...