Friday, February 13, 2009

Datuk / Dato

I wrote and posted this article on 15 of November, 2008. And I am so glad to read the news paper today (13/02/09) that David Arumugam and Khatijah Ibrahim were given dato ship from Pahang state government. Thank you and there are more to be notice.

Gelaran Dato’ atau Datuk pada umumnya adalah satu penghargaan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menghargai sumbangan atau mengenang jasa mereka kepada Negara atau masyarakat amnya. Biasanya gelaran Dato’/Datuk merupakan penghargaan yang tertinggi diantara penghargaan-penghargaan yang lain seperti PJK (Pingat Jasa Kebaktian), AMN (Ahli Mangku Negara) dan sebagainya. Adalah sesuatu yang terpuji mengenai gelaran ini kerana negara kita seperti juga negara lain tidak mengkhususkan sumbangan yang patut diberi penghargaan. Seperti di United Kingdom misalnya, gelaran “Sir” diberi kepada penyanyi dan juga pemain bola untuk jasa mereka sebagai penghargaan.Memang kalau dilihat dalam konteksnya, gelaran ini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Namun gelaran ini secara langsung menaikkan pandangan dan martabat seseorang dimata masyarakat. Pada umumnya, dinegara kita gelaran Dato’/Datuk ini kebiasaanya dianugerahkan pada individu yang berkecimpung dalam arena politik, namun tidak terkecuali kepada mereka yang memberi sumbangan dari segi perniagaan dan pada mereka yang menaikkan martabat negara dipandangan dunia.Selain dari politik dan perniagaan, baru baru ini gelaran Dato’/Datuk juga dianugerahkan kepada individu yang berjaya dibidang sukan seperti M. Jagathesan (Olahraga), Nicol Ann David(Squash), Lee Chong Wei(Badminton) dan jurulatih seperti Misbun Hj Sidek juga tidak ketinggalan kerana jasa beliau sejak usia mudanya memang tidak boleh dinafikan. Bapa beliau (Mendiang Dato Hj Sidek) juga pernah dianugerahkan Dato’ dan ini adalah sesuatu yang padan dengan jasa beliau yang mengabdikan badminton dari seluruh ahli keluarganya. Di bidang musik pula individu yang dianugerahkan anugerah Dato/Datuk ialah diantaranya ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Shake dan yang terbaru ialah Datuk Siti Norhaliza. Dibidang seni perfileman pula Datuk Aziz Satar dan Datuk Jins Samsuddin dadalah diantara mereka yang dianugerahkan Datuk.Tidak ketinggalan gelaran ini juga telah dipanjangkan kepada individu yang menyumbang selain dari politik, seni dan sukan, umpamanya mereka yang berjaya di dalam usaha menaikkan nama dan martabat negara didalam pelbagai bidang lain seperti individu yang berjaya berlayar mengelilingi dunia, individu yang berjaya berenang menyeberangi selat juga diberi anugerah Datuk.Namun, masih ada timbul persoalan bagaimana penilaian dilakukan dan bagaimana “benchmark” diukur untuk pemberian gelaran ini. Masih terdapat ketidak serasian dan penilaiannya masih kabur. Inilah yang menjadi tanda persoalan apabila gelaran Datuk ini dianugerahkan kepada pelakon terkenal seperti Shah Rukh Khan. Walaupun ramai pihak yang membantah namun ada juga yang mempertahankan termasuk TUN sendiri. Alasan beliau pelakon Shah Rukh Khan mampu memperkenalkan negara kita melalui popularitnya. Beliau juga dipercayai akan terus memperkenalkan negara kita dan akan menarik ramai pelancung kenegara kita. Mungkin ada benarnya kerana peminat Shah Rukh Khan memang ramai dan diharap harapan ini akan menjadi kenyataan. Walau apa pun, harus diketahui bahawa ramai juga yang ketinggalan dari anugerah ini walaupun jasa mereka amat bermakna. Contohnya seperti jasa kumpulan Alleycats. Jasa mereka dibidang seni negara tidak perlu saya huraikan. Sejak dari tahun 70-an lagi kecimpungan mereka dalam bidang nyanyian harus dipandang dari pandangan yang menyeluruh. Hampir 4 dekad dan sumbangan mereka tidak boleh dipertikaikan dan seperti yang sedia maklum, walaupun salah seorang penyanyinya telah meninggal dunia (Mendiang loga Arumugam) namun perjuangan David Arumugam iaitu abangnya masih diteruskan. Lagu lagu mereka memang evergreen dan menjadi siulan anak muda sehingga masa kini. Saya secara peribadi rasa kerajaan negeri dan mereka yang berkuasa harus pertimbangkan anugerah kepada mereka demi sumbangan dan jasa mereka didalam dunia seni tanah air. Tidak ketinggalan anugerah Dato’/Datuk ini harus dipanjangkan kepada individu yang membawa nama negara kepuncak tertinggi dunia. Jasa dan pengukir sejarah Malaysia ini juga harus dipandang tinggi. Mereka yang telah menjadi “Malaysian” pertama yang berjaya menakluki puncak tertinggi dunia Gunung Everest. Seperti yang sedia maklum pengorbanan dan kejituan hati mereka mesti dipandang tinggi. Bukan mudah seperti yang diketahui bahawa, untuk menakluki gunung tertinggi dunia bukanlah perkara yang remeh. Tidak keterlaluan jika saya katakan nyawa menjadi pertaruhan. Diantara mereka yang berjaya menjadi manusia pertama Malaysia yang berjaya menjejakkan kaki kepuncak tertinggi dunia Gunung Everest ialah Magendran dan Mohanadass. Walaupun diketahui hampir 15 pendaki yang menyertai expedisi ini dan seorang serba dari Nepal berkorban nyawa namun kecekalan dan semangat perjuangan yang tinggi yang ditunjukkan oleh dua individu ini harus dipuji dan perlu disenaraikan sebagai penerima anugerah Dato. Satu lagi insan yang pernah menjadi wira negara dalam menaikkan semangat dan martabat negara dibidang bolasepak yang perlu diambil perhatian ialah penjaga GOL yang tidak asing lagi yang juga dikenali sebagai “Spiderman” iaitu mendiang Arumugam. Tahun 70an yang merupakan tahun kemuncak perkembangan bolasepak negara yang diterajui wira wira bolasepak yang boleh dianggap legenda negara. Diantaranya ialah Mokhtar Dahari, Shukur Salleh, Bakri Ibni, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Khalid Ali, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hasan dan ramai lagi. Namun diantaranya adalah penjaga GOL yang tidak asing lagi iaitu Arumugam.Batumalai Rajakumar, adalah seorang pelari jarak sederhana yang telah dilupakan. Pemenang dua pingat emas sukan sea 1983. Memecahkan rekod 1,500m sukan sea yang sama yang telah disandang oleh Jimmy Cramton dari burma. Pada masa itu umur beliau masih 18 tahun. Pemenang pingat emas 800m di Asian track and field dan mencipta record yang kekal sampai kehari ini yang juga record kebangsaan yang bertahan 24 tahun. Pejuang seperti beliau harus dikenang dan kerajaan harus memberi rangsangan supaya dia menjadi contoh kepada yang lain. Untuk pengetahuan semua, beliau juga tidak pernah dipilih menjadi olahragawan kebangsaan. Dalam menangani masalah ini, kerajaan negeri dengan bantuan persatuan-persatuan harus memainkan peranan dan menengahkan pejuang pejuang yang pernah mengharumkan nama negeri dan nama Malaysia keseluruhannya. Parti parti politik yang mewakili masyarakat perbagai kaum juga harus peka dan sedia menilai sejauh mana perjuangan ini perlu dinilai dan seterusnya membawa perkara ini kearah yang sepatutnya. Tidak perlu dinilai dari segi kaum dan bangsa tetapi sumbangan dan semangat kejituan harus dinilai dari segi nilai yang disumbang demi menaikkan martabat negara Malaysia keseluruhannya. Dengan harapan jasa mereka akan menjadi contoh dan semangat kepada anak-anak muda yang akan menyambung perjuangan ini.

Sekian,
lvbala

1 comment:

Anonymous said...

His brother Loga Arumugam who past away should be recognize as well. At least his remaining family members will benefit for the sacrifice. When they can recognize Tan Tri P.Ramlee why can't they Loga?

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...