Showing posts with label tradise. Show all posts
Showing posts with label tradise. Show all posts

Monday, September 21, 2009

Pendet ~ Bukan Hak Milik Malaysia

Memang telah diketahui umum, tindak balas sebilangan rakyat Indonesia yang marah, berdemontrasi dan mengugut rakyat Malaysia di Indonesia semata mata kerana Malaysia dituduh mengunakan tarian pendet untuk mempromosi industri perlancongan Malaysia.

Perbuatan mengugut oleh rakyat negara jiran kita memang melampau dan mencalar hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia malah telah mewujudkan suasana ketakutan dalam kalangan pelajar Malaysia serta sebilangan pelancong Malaysia di Indonesia.

Walaupun demontrasi ini tidak kekal lama apabila pihak kerajaan Indonesia menangani masalah ini, namun perkara ini telah meninggalkan secarit parut dalam kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Tujuan saya menulis mengenai “Tarian Pendet” ini bukan kerana tindakan para demontrasi tetapi lebih kepada kesensetivitian/kepekaan sesuatu kaum atau bangsa yang begitu terasa apabila hak milik bangsa tersebut dituduh dicuri oleh bangsa lain.

Apa yang harus rakyat Malaysia pelajari dari situasi?

Selain dari mengutuk dan merendahkan rakyat Indonesia dengan tindakan melampau mereka rakyat Malaysia juga perlu pelajari dan memahami kenapa perkara ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia.

Kita harus menilai dan memahami dimana silapnya, atau dimana kekurangannya dan mengambill langkah positif untuk memperbaiki serta mengambil initiatif agar perkara ini tidak diulangi.

Dalam pengamatan saya mengenai perkara ini, rakyat Malaysia tidak seharusnya menunding jari pada pihak ketiga iaitu rancangan Discovery sahaja.

Kita sebagai pengupah perlu menilai apa yang kita upah itu menghasilkan keputusan yang lebih universal dan berkualiti.

Kita juga harus peka dalam memahami hak orang lain yang kita cabuli. Dan menghormati mereka apabila mendapat tindakbalas diatas kebodohan kita.

Kenyataan di bawah di buat oleh Menteri perlancungan Dato’Ng Yen Yen:

"We cannot continue to let other countries hijack our food. Chili crab is Malaysian. Hainanese chicken rice is Malaysian. We have to lay claim to our food," she was quoted as saying.

"In the next three months, we will identify certain key dishes (to declare as Malaysian). We have identified laksa... all types of laksa, nasi lemak and bak kut teh," she added.

Ng did not name which countries were hijacking the dishes, which are popular around the world and particularly in neighbouring Singapore and Indonesia.


Apa bezanya kenyataan rakyat Indonesia dan kenyataan menteri Malaysia diatas? Satu kebodohan dengan kenyataan yang tidak menunjukan kematangan, malah mengundang satu provokasi membina kearah kenegatifan.

Disini yang ingin mengutarakan beberapa perkara yang harus dinilai oleh kita dan pihak pihak berkenaan.

1. Dewan Bahasa Dan Pustaka harus lebih berhati hati dan membuat pemilihan perkataan yang wajar dan sesuai dengan kehendak semasa. Umpamanya bahasa bangsa lain yang dibahasa Malaysiakan. Perkataan perkataan bahasa English yang dibahasa Malaysiakan harus dinilai sebelum bahasa tersebut diciplak.

2. Makanan bangsa lain yang diMalaysiakan, contohnya makan cina seperti nasi ayam, hokian mee, dan pelbagai lagi. Saya rasa pembaca lebih ariff dan boleh menilai sendiri makanan yang kita makan setiap hari.

3. Pakaian dan fesyen serta jenis “material” yang digunakan. Adakah yang disebut hak milik kita atau hak milik orang lain. (eg. Kebaya dan Batik)

4. Tulisan rumi dan jawi yang kita guna bukanlah milik kita sepenuhnya. Adakah kita sedar bahawa kita menganggap yang disebut hak orang lain tetapi kita mengaku milik kita?

5. Agama yang kita anuti juga bukannya untuk bangsa kita sahaja, tetapi untuk semua manusia (mankind). Jangan kita menganggap agama tersebut hak milik kita.
6. Tradisi yang kita miliki bukan 100% milik kita. Malah kunjungan saya ber Hari Raya juga dapati sebilangan besar kuih raya bukan milik kita.
7. Bahasa yang kita guna hari ini dan mengaku milik kita bukannya milik kita sepenuhnya.
Anda fikirkanlah sendiri, apa kata semua yang disebut diatas diambil orang lain atau bangsa lain dari Negara lain? Adakah kita akan berdiam diri?

Banyak lagi boleh ditonjolkan disini dalam perkara menciplak. Dan Malaysia memang pandai dalam menciplak dan meniru.

Tetapi yang pentingnya kalau kita meminjam buatlah cara meminjam. Jangan mula mula meminjam, kemudian mengaku hak kita.

Kita sebagai Rakyat Malaysia harus berfikiran lebih matang dalam memilih apa yang kita pilih.

Memang tidak dapat dinafikan, demi mengujudkan satu Negara yang ingin mencapai kemajuan untuk menyaingi Negara maju yang lain, banyak kekurangan kita.
Oleh yang demikian kita harus mempunyai “tool” yang sesuai untuk menuju kearah kemajuan. Tetapi mengambil hak orang lain sebulat bulatnya harus dilakukan dengan lebih teliti.
Kita perlu memiliki satu saluran yang boleh menjana kearah tersebut. Bukan setakat mengambil dan menciplak dengan sewenang wenangnya.
by,
lvbala

Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD

When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...