PETALING JAYA: Terdapat tanda-tanda gelombang sekularisme baru di
dunia Islam, daripada orang ramai yang hampa dengan kelakuan gerakan
politik agama, kata sarjana Turki terkenal, Mustafa Akyol.
Akyol, dalam artikelnya di akhbar New York Times berkata, penolakan
terhadap penggunaan Islam sebagai alat politik boleh dikesan di serata
dunia Islam, walaupun peratusan kecil tetapi meningkat, memetik dapatan
jaringan penyelidik, Arab Barometer dan amatan pemikir lain.
“Peninjau pendapat awam jaringan itu mendapati dalam 5 tahun
kebelakangan ini, di 6 negara Arab utama, ‘kepercayaan pada parti-parti
Islam’ dan ‘kepercayaan pada pemimpin-pemimpin agama’ merosot,” tulis
Akyol dalam artikel “A New Secularism Is Appearing in Islam” pada 23
Dis.
Tinjauan Arab Barometer, yang berpangkalan di Universiti Princeton
dan Universiti Michigan, memetakan peredaran daripada Islamisme.
kyol berkata trend sama berlaku pada skala lebih besar di luar dunia
Arab, seperti Iran dan negaranya, Turki yang diperintah gerakan politik
Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
“Ramai orang Turki membenci Islamisme lebih dari sebelum ini,”
katanya, dan menambah orang ramai perasan kegilaan kuasa Islamis yang
menjadi elit pemerintah di sana sejak 2 dekad lalu.
Di Iran, selepas 40 tahun pemerintahan Islamis menyaksikan orang ramai berani menunjuk perasaan terhadap mereka di jalan raya.
“Sesungguhnya ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan golongan ulama,” katanya.
Akyol, memetik pandangan sarjana, pakar bidang dan pemerhati lain,
menulis banyak perkara yang menyebabkan orang ramai hampa dengan
Islamis: sikap keterlaluan dalam beragama, rasuah dan ketidakadilan,
kekecewaan terhadap Ikhwanul Muslimin di Mesir, kejutan IS, letih dengan
parti-parti sektarian di Iraq dan Lubnan, dan kemarahan terhadap rejim
Sudan.
Akyol memberi amaran, sekiranya gerakan politik agama enggan berubah, dikhuatiri kehampaan orang ramai akan terkena pada Islam.
Memetik dapatan Arab Barometer, Akyol berkata “kehadiran di
masjid-masjid” di 6 negara Arab utama itu menunjukkan penurunan,
sementara responden yang mengaku “tidak peduli agama” naik daripada 8%
pada 2013 kepada 13% pada 2018.
“Di Turki, ia ditunjukkan dalam trend sosial dalam kalangan anak muda
yang menjadi perbualan hari ini: kebangkitan ‘deisme’, atau percaya
pada Tuhan, bukan pada agama,” katanya.
Akyol berkata gelombang sekularisme kali ini berbeza dengan
sekularisme yang dipaksakan pemerintah pro-Barat dulu seperti Mustafa
Kemal Ataturk dan Mohammad Reza Pahlavi ke atas rakyat masing-masing.
“Kali ini, bagaimanapun, kita bercakap tentang trend dari bawah ke
atas, dari masyarakat, dari rakyat yang bosan dengan semua perkara buruk
yang dilakukan atas nama agama,” katanya.
All comments are good comments. There are no bad comments or good comments. So everyone have the right to comment. How about you?
I am a simple born Malaysian. Looking forward to build a Truly Malaysia. Follow my path and we shall see how far we can go. The voice of the people shall be always for the people. We have the power of choice, we can always choose. Choose wisely, Regards
Subscribe to:
Posts (Atom)
Now Everyone Can't Fly - JOE SAMAD
When I read this column, it does hit my head and the story can be related to my experience traveling to East Malaysia for work purpose back ...
-
Rest In Peace Micheal Jackson. You are a legend and you will always be. The King of the Pop. The inventor of Moonwalk. The black that ruled ...
-
Tidak keterlaluan kalau dikatakan makanan Malaysia adalah yang paling terunik didunia. Bukan sahaja unik malah makanan di Malaysia juga mel...
-
My freind, There are thing in life cannot be understood. They only can be experienced, but they cannot be explained. To explain them is to...